BOLKIAH GARRISON, Monday 28 May 2018 – In conjunction with  the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 57th Anniversary, a Khatam Al-Quran ceremony was held at the Ad-Difa’ Surau, Ministry of Defence.

Present as the Guest of Honour was the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Also present were the Joint Force Commander, Directors, senior officers and officers of RBAF.

The ceremony began with Takhtim and Khatam prayers led by the Imam of Ad-Difa’ Surau, followed by the Dikir Marhaban.

The ceremony was also held as part of RBAF’s continuous efforts to promote religious activities during the month of Ramadhan. These activities aim to enhance spirituality in the RBAF workforce, which is in line with one of the core values of RBAF, Taqwa or piety, so as to encourage values of honesty and integrity at work.

Similar ceremonies were held simultaneously at all suraus in the RBAF camps, and bases.



MAJLIS PENUTUP KHATAM AL-QURAN HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-57

BOLKIAH GARISON, Isnin 28 Mei 2018 – Bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang Ke-57, ABDB pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Khatam Al-Quran di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam diketuai oleh Imam Surau Ad-Difa’ dan diikuti dengan Dikir Marhaban.

Majlis merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ABDB dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti keugamaan terutamanya dalam bulan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti seperti ini bertujuan untuk meningkatkan sifat kerohanian, yang mana selaras dengan salah satu nilai teras ABDB iaitu Taqwa, bagi mendorong anggota-anggota untuk menjalankan tugas dengan penuh jujur dan integriti.

Majlis yang sama juga diadakan secara serentak di surau-surau perkhemahan dan pangkalan ABDB.