BOLKIAH GARRISON, Friday, 2 June, 2017 – As part of the activities to enliven the month of Ramadhan, the female officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held a religious gathering at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess.

A talk, entitled ‘Meniti Kesempurnaan Iman’, was delivered by Lieutenant Noria Fatriah Binti Haji Abdul Mutalif from the Religious Department (JAMA’AT), RBAF. This was followed by a mass iftar, Maghrib prayer led by Lieutenant (U) Noraqidah binti Efinddi. The recital of the Surah Yassin and Tahlil prayers were led by Lieutenant Norazimah binti Haji Othman.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Nooridah Binti Haji Ibrahim, Staff Officer 1 of the Directorate of Personnel. Also present retired female RBAF officers, female senior officers and officers of the RBAF.



SESI USRAH DAN SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI WANITA ABDB

BOLKIAH GARISON, Jumaat 2 Jun 2017 – Dalam usaha untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan, anggota-anggota wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan sesi Usrah dan sembahyang berjemaah  di Mes Pegawai Bolkiah Garrison.

Ceramah agama bertajuk ‘Meniti Kesempurnaan Iman’ telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Noria Fatriah Binti Haji Abdul Mutalif. Acara kemudiannya diikuti dengan majlis bersungkai, solat Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Leftenan (U) Noraqidah binti Efinddi dan bacaan Surah Yassin dan Tahlil diketuai oleh Leftenan Norazimah binti Haji Othman.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Nooridah Binti Haji Ibrahim, Pegawai Turus Satu dari Jabatanarah Keanggotaan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai wanita ABDB yang sudah bersara, pegawai-pegawai kanan wanita dan pegawai-pegawai wanita ABDB.