BOLKIAH GARRISON, Tuesday 30 January 2018 –The Ministry of Defence received an official visit from General Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo, Tentara Nasional Indonesia (TNI) who is on a two-day farewell visit to Brunei Darussalam from 29 January to 30 January 2018.
Upon arrival at the Bolkiah Garrison, Ministry of Defence on 30 January 2018, General Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo was accorded with a Guard of Honour comprising of personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF). He then proceeded to pay a courtesy call on Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of RBAF. .
During the call, both sides acknowledged the longstanding and close defence relationship between Brunei Darussalam and Indonesia, underscored by regular defence interactions, including mutual visits, policy-level meetings, and military exchanges between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and TNI such as tri-service talks, trainings, courses and exercises.


LAWATAN PERPISAHAN OLEH PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA
BOLKIAH GARISON, Selasa 30 Januari 2018 – Kementerian Pertahanan telah menerima kunjungan dari Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo, Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang mengadakan lawatan perpisahan ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 29 Januari 2018 hingga 30 Januari 2018.
Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan pada 30 Januari 2018, beliau disambut dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-kedua pihak telah menekankan hubungan pertahanan dua hala yang rapat di antara Brunei Darussalam dan Indonesia yang sudah lama terjalin melalui pertukaran lawatan, mesyuarat berperingkat dasar, serta pertukaran ketenteraan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TNI seperti mesyuarat-mesyuarat di antara ketiga-tiga perkhidmatan angkatan tentera, latihan, kursus dan eksesais.