BOLKIAH GARRISON, Tuesday 18 October 2016 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, today received farewell calls from His Excellency Fikret Ogus Ates, the outgoing Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Turkey to Brunei Darussalam and from His Excellency Mohammed Abdul Hye, the outgoing High Commissioner of Bangladesh to Brunei Darussalam.

During the call with Turkey, both the Deputy Minister and the outgoing Ambassador expressed their pleasure on the friendly and good state of bilateral relations between Brunei Darussalam and the Republic of Turkey. Both countries recognised the mutual benefits of continuing exchange and cooperation in the field of defence in the areas of military education, training and defence industry cooperation.

Meanwhile, during the farewell call with Bangladesh, the Deputy Minister and the outgoing High Commissioner expressed their satisfaction on the friendly and good state of bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Bangladesh, as reflected by the high level exchange of visits and reciprocal participation of military courses in each other’s local military institutions.

During both calls, the Deputy Minister hoped the friendly relations and multi-faceted defence cooperation between Brunei Darussalam, the Republic of Turkey and also with Bangladesh will continue to be strengthened in the years ahead and wished their Excellencies great success in their future endeavours.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI DUTA BESAR REPUBLIK TURKI DAN PESURUHJAYA TINGGI BANGLADESH

BOLKIAH GARISON, Selasa 18 Oktober 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Ogus Ates dan di ikuti dengan kunjungan perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye.

Semasa kunjungan perpisahan bersama Duta Besar Republik Turki, Timbalan Menteri Pertahanan dan Tuan Yang Terutama telah menyatakan rasa syukur di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik di antara Negara Brunei Darusalam dan Republik Turki. Kedua-dua negara mengiktiraf faedah bersama pertukaran berterusan dan kerjasama dalam bidang pertahanan khususnya bidang pendidikan ketenteraan, latihan dan kerjasama industri pertahanan.

Sementara itu semasa kunjungan perpisahan bersama Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh, Timbalan Menteri Pertahanan dan Tuan Yang Terutama telah menyatakan rasa berpuas hati di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik di antara Negara Brunei Darusalam dan Bangladesh termasuk lawatan dan kunjungan tertinggi dan penyertaan salingan kursus ketenteraan di institusi tentera tempatan masing-masing.

Semasa kedua – dua kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan berharap hubungan baik yang wujud di dalam pelbagai bidang bersama Republik Turki dan Republik Rakyat Bangladesh ini termasuk bidang pertahanan, akan dapat diteruskan serta diperkukuhkan lagi di masa akan datang.Timbalan Menteri Pertahanan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan -Tuan Yang Terutama di dalam apa jua bidang yang akan diterajuinya di masa akan datang.