BOLKIAH GARRISON, Monday, 29 April 2019 – Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a farewell call by His Excellency Vladlen Semivolos, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam.

During the call, the Second Minister of Defence commended His Excellency Semivolos’ contributions towards fostering a warm and close bilateral defence relationship between the two countries. Two milestones were achieved when Brunei Darussalam and Russia signed a Memorandum of Understanding on Military-Technical Cooperation in May 2016 in Sochi, and a second Memorandum of Understanding on Military Cooperation in April 2017 in Moscow. 

The defence ties between both countries is further bolstered through attendances to conferences, such as the Moscow Conference on International Security (MCIS) and Army International Military-Technical Forum Exhibition, exchanges and ship visits.

Reaffirming the importance of the friendly defence relationship between Brunei Darussalam and Russia, the Second Minister of Defence expressed his confidence with the various activities outlined for 2019 between both countries armed forces that will serve to further promote mutual understanding and cooperation towards the establishment of stronger defence ties. He also took the opportunity to highlight Russia’s positive role in enhancing regional security through the framework of the ASEAN Regional Forum (ARF) and the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

His Excellency Vladlen Semivolos presented his credentials to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 9 March 2015.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI DUTA PERSEKUTUAN RUSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 29 April 2019 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut Menteri Pertahanan Kedua menyatakan penghargaan atas sumbangan Tuan Yang Terutama  dalam memupuk jalinan kerjasama pertahanan dua hala yang semakin mesra dan erat di antara kedua negara. Antara tanda pencapaian hubungan pertahanan yang semakin aktif di antara Negara Brunei Darussalam dan Rusia, ialah penandatanganan Memorandum Persefahaman bagi Kerjasama Teknikal Ketenteraan telah dimeterai pada Mei 2016 di Sochi, dan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Ketenteraan ditandatangani pada April 2017, di Moscow. Kejayaan hubungan pertahanan kedua negara juga telah dipertingkatkan melalui kehadiran ke persidangan seperti Moscow Conference on International Security (MCIS) dan Army International Military-Technical Forum Exhibition, mesyuarat pertukaran dan lawatan kapal.

Dengan menekankan kepentingan persahabatan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Rusia, Menteri Pertahanan Kedua menyatakan rasa yakin bahawa pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2019 akan memupuk lagi persefahaman dan kerjasama ke arah membina ikatan pertahanan yang lebih kukuh di antara kedua negara. Menteri Pertahanan Kedua juga mengambil peluang untuk menekankan kepentingan peranan Rusia dalam memastikan keselamatan serantau melalui rangka kerjasama pelbagai hala seperti ASEAN Regional Forum (ARF) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos sebelum ini telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikan beliau Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 9 Mac 2015.