JERUDONG, Wednesday, 10 February 2021 – The Royal Brunei Armed Forces Religious Department (JAMA’AT) and Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) held a family forum called Hiwar Fiqah Al-Usrah 2.0 at Bridex Hall, Jerudong.

Present as guest of honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Dr Haji Adnan bin Haji Basar, Ra’es KUPU SB, Services Commanders, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence, RBAF and KUPU SB as well as guests from other agencies.

The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a welcoming speech by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of JAMA’AT.

The ceremony continued with a forum entitled “Teladan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Dalam Kehidupan Berkeluarga: Kaedah Pengukuhan & Cabaran Semasa” (The Exemplary Role Model of the Family Life of Prophet Muhamad: Ways of Strengthening and Current Challenges), moderated by Ustaz Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa, Research Officer KUPU SB.

Three panel members were invited to discuss this topic, namely Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF; Ustaz Hilman bin Haji Salim, Director of Fiqh Al-Usrah Research Centre; and Ustazah Pg Norhayati binti Pg Haji Kashran, Dakwah and Tabligh Supervisor at the Islamic Da’wah Centre.
 
An exhibition and book sales were also held at the forum by the Family Advisory Services Division, the Shariah Affairs Department at the Ministry of Religious Affairs, Islamic Da’wah Centre, State Mufti’s Office, University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), RBAF PRIHATIN Centre and Empowerior Counseling & Consultant.

The forum is one of the projects done in conjunction with JAMA’AT’s 15th Anniversary and serves to look after the welfare of RBAF personnel and families, as well as to further strengthen harmonious family bonds as a support institution.


FORUM KELUARGA ANJURAN JAMA’AT ABDB DAN KUPU SB


JERUDONG, Rabu, 10 Februari 2021 – Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

(KUPU SB) mengadakan Forum Keluarga Hiwar Fiqah Al-Usrah 2.0 yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Dr Haji Adnan bin Haji Basar, Ra’es KUPU SB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai–pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan, ABDB dan KUPU SB serta jemputan daripada agensi-agensi luar.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan diikuti dengan kata-kata aluan dari Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua JAMA’AT.

Majlis diteruskan dengan forum yang bertajuk “Teladan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dalam Kehidupan Berkeluarga: Kaedah Pengukuhan & Cabaran Semasa” yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa, Pegawai Penyelidik KUPU SB.

Tiga orang ahli panel telah dijemput bagi membincangkan tajuk ini iaitu Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua JAMA’AT; Ustaz Hilman bin Haji Salim, Pengarah Pusat Kajian Fiqah Al-Usrah KUPU SB; dan Ustazah Pg Norhayati binti Pg Haji Kashran, Penguasa Da’wah & Tabligh Pusat Dakwah Islamiah.

Pameran dan jualan buku juga diadakan dalam forum ini yang disertai oleh Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Mufti Kerajaan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Pusat PRIHATIN ABDB dan Empowerior Kaunseling & Konsultan.

Forum ini adalah salah satu projek sempena Hari Ulang Tahun JAMA’AT ke-15 Tahun dan bertujuan untuk menjaga kebajikan anggota dan keluarga ABDB, serta memperkukuh dan menjaga kesejahteraan ikatan keluarga yang harmoni sebagai institusi sokongan.