BERAKAS, Sunday, 2 February 2020 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) conducted Exercise SETIA BERSAMA 1/2019 (Ex SB 1/2019) for 3 days commencing from 31 January to 2 February 2020 in preparation for Brunei Darussalam hosting next year’s ASEAN Summit.

Ex SB 1/2019, which was held at the Brunei Darussalam International Convention Centre (ICC), focused on the key objective of RBAF readiness towards responding to complex and asymmetrical environments such as peaceful public protests.

This exercise provided a platform for a more realistic training opportunity for RBAF to test and validate RBAF procedures at the operational and tactical levels.

It also required the RBAF to conduct joint level planning, coordination and synchronisation of execution by employing a comprehensive approach with the RBAF units and Other Government Department (OGD) security agencies.

At the conclusion of the exercise, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF; Services Commanders; and military directors were on site to witness a joint extraction operation effort with all other RBAF units supported by the Royal Brunei Police Force (RBPF) and Gurkha Reserve Unit (GRU).




EKSESAIS SETIA BERSAMA 1/2019

BERAKAS, Ahad, 2 Februari 2020 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menjalankan Eksesais SETIA BERSAMA 1/2019 (Ek SB 1/2019) selama 3 hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2020 bagi persediaan negara menjadi tuan rumah Persidangan ASEAN tahun depan.

Objektif Ek SB 1/2019 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Berakas adalah bagi mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan ABDB dalam menangani isu-isu kompleks dan mencabar seperti bantahan penduduk awam secara aman.

Eksesais ini memberikan ruang agar ABDB akan dapat menjalani latihan yang lebih realistik serta peluang untuk mengujicuba dan mengesahkan prosedur-prosedur ABDB di peringkat operasional dan taktikal.

Ianya jua memberikan kesempatan bagi ABDB untuk menjalankan perancangan dan koordinasi serta penyelarasan pelaksanaan menggunakan kaedah pendekatan yang lebih komprehensif gabungan usaha unit-unit ABDB dan agensi-agensi keselamatan yang lain.

Pada penutup Ek SB 1/19, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB dan Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera/Bersama serta pengarah-pengarah tentera telah berpeluang menyaksikan gabungan usaha operasi extraction unit-unit ABDB yang di bantu oleh Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Simpanan Gurkha (PSG).