MANDAI HILL CAMP, SINGAPORE, Friday, 25 January 2019 – Exercise Maju Bersama Series 23/2018 concluded today with a closing ceremony held at the 16 C4I Battalion (16 C4I Bn) Parade Square, Mandai Hill Camp.

The closing ceremony was co-officiated by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and Brigadier General Kenneth Liow, Chief of Staff (General Staff), Singapore Army.

Also present were Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, the Commanding Officer of Third Battalion RBLF and other SAF representatives. 

The ceremony began with a parade inspection, handing over of company standard, followed by the closing remarks by the guests of honour. The ceremony concluded with an exchange of mementoes and a photo session. 

The exercise involved personnel from 16 C41 Battalion 2 Singapore Infantry Brigade (16 C4I Bn 2SIB), Singapore Army and 117 RBLF personnel which comprised of 112 personnel from C Company, 3Bn RBLF led by Major Mohd Safizan bin Ahmad as well as 5 personnel from RBLF Headquarters headed by Lieutenant Colonel Mohd Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa.

The exercise which took place from 15 to 25 January 2019 consisted of several phases: Professional Sharing at Mandai Hill Camp, Individual Marksmanship Training & Individual Gunnery Training Simulator at Pasir Laba Camp & Urban Operations Exercise at Murai Urban Training Facilities, Lim Chu Kang.

The 23rd series of Exercise Maju Bersama continues to be a significant platform for strengthening defence diplomacy and enhancing the military-to-military cooperation between Brunei Darussalam and Singapore. It also allows for both armies to enhance their respective Tactics, Techniques and Procedures (TTPs) and an opportunity for the training and improvement of the skills of military personnel of both countries in the planning and implementation of urban warfare.












EKSESAIS MAJU BERSAMA SIRI 23/2018 BERAKHIR


KEM MANDAI HILL, SINGAPURA, Jumaat, 25 Januari 2019 – Upacara Penutup bagi Eksesais Maju Bersama Siri 23/2018 telah dilaksanakan di Padang Kawad Batalion 16 C4I, Kem Mandai Hill.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Brigadier Jeneral Kenneth Liow, Chief of Staff (General Staff), Tentera Darat Singapura. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah, Batalion Ketiga TDDB dan wakil daripada Tentera Darat Singapura.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, pertukaran lencana Eksesais Maju Bersama dan diikuti dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat Majlis. Upacara diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan bergambar ramai.

Eksesais ini melibatkan anggota daripada 16 C41 Battalion 2 Singapore Infantry Brigade (16 C4I Bn 2SIB), Tentera Darat Singapura dan seramai 117 anggota TDDB yang mana 112 anggota daripada Kompeni C, Batalion Ketiga TDDB diketuai oleh Mejar Mohd Safizan bin Ahmad dan 5 anggota daripada Markas TDDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa. 

Ekesais bermula pada 15 hingga 25 Januari 2019 dijalankan dalam tiga fasa: Perkongsian Professional di Kem Mandai Hill, Individual Marksmanship Training & Individual Gunnery Training Simulator di Kem Pasir Laba dan Latihan Pertempuran Bandar di Murai Urban Training Facilities, Lim Chu Kang.

Eksesais Maju Bersama Siri 23/2018 terus menjadi landasan penting bagi mengukuhkan diplomasi pertahanan dan kerjasama ketenteraan diantara Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Ianya juga membolehkan untuk menaik taraf kerjasama diantara kedua belah pihak serta memberi peluang untuk melatih dan meningkatkan Taktik, Teknik dan Prosedur Angkatan Tentera masing-masing dan juga kemahiran anggota tentera kedua-dua negara dalam perancangan dan pelaksanaan pertempuran bandar.