
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 10 May 2023 – The Ministry of Culture, Youth and Sports (MCYS) had received donations for the Earthquake Humanitarian Fund for the Republic of Turkiye and the Syrian Arab Republic with a total amount of Twenty Two Thousand Ringgit (BND22,000.00) from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) which amounted to BND2,000.00 and BND20,000.00 respectively. The event took place at the MCYS building.
Present to receive the donation was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Minister of Development, as Acting Minister of Culture, Youth and Sports. On behalf of the RBAF, the donation was presented by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, whilst the donation for the Ministry of Defence was presented by Yang Mulia Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
Also present to witness the handover of the charity were Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Permanent Secretary (Culture) of MCYS and Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Acting Director of Social Services, MCYS.
The Earthquake Humanitarian Fund for the Republic of Turkiye and the Syrian Arab Republic had been opened to the public for 3 months from 14 February 2023 to 14 May 2023. The Humanitarian Fund was a platform provided by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to provide opportunities for the public to donate financial aid directly and transparently, as well as to allow various parties to organise charitable activities to ease the burden suffered by the people of the Republic of Turkiye and the Syrian Arab Republic who were hit by the natural disaster of the earthquake on 6 February 2023.


MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN GEMPA BUMI REPUBLIK TURKIYE DAN REPUBLIK ARAB SYRIA
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Mei 2023 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria berjumlah Dua Puluh Dua Ribu Ringgit (BND22,000.00) secara menyeluruh daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masing-masing berjumlah BND2,000.00 dan BND20,000.00. Majlis berlangsung di bangunan KKBS.
Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sumbangan bagi pihak ABDB telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan bagi pihak Kementerian Pertahanan pula disampaikan oleh Yang Mulia Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS dan Yang Mulia Hajah Noridah binti Abdul Hamid, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, KKBS.
Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah dibukakan kepada orang ramai selama 3 bulan bermula 14 Februari 2023 hingga 14 Mei 2023. Tabung ini merupakan sebuah platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan telus, serta bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang dilanda bencana alam gempa bumi pada 6 Februari 2023 lalu.