BERAKAS, Monday 16 September 2019 – A donation ceremony for the Palestinian Refugee Humanitarian Fund took place this morning at Multaqa Hall, Ministry of Religious Affairs, Jalan Dewan Majlis, Berakas.

The ceremony was attended by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs as joint committee advisor for Donation for the Palestinian Refugee Humanitarian Fund through their campaign ‘Dignity is Priceless’.

The ceremony witnessed donation from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) amounted B$4,681.10 and handed over to Minister of Religious Affairs by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF.

The total fund collection of B$904,537.43 was then handed over by Minister of Religious Affairs to Abdirahman Yusof Aynte, Director of Strategic Partnership, the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA).

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Permanent Secretary of Ministry of Religious Affairs in his welcoming speech said that the campaign ‘Dignity is Priceless’ is a collaboration project between Ministry of Religious Affairs and UNRWA which aim to collect fund from people to enable UNRWA provides Palestinian refugees that registered in getting food and medical supply.
 

MAJLIS PENYERAHAN DANA TABUNG KEMANUSIAAN DAN BANTUAN DANA BAGI PELARIAN PALESTIN

BERAKAS, Isnin 16 September 2019 – Majlis Penyerahan Dana Tabung Kemanusiaan dan Bantuan Dana bagi Pelarian Palestin telah pun berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, Berakas pada hari ini.

Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Projek Kutipan Tabung Kemanusiaan dan Bantuan Dana bagi Pelarian Palestin melalui Kempen ‘Dignity is Priceless’.

Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan daripada hasil kutipan semua unit ABDB berjumlah sebanyak B$4,681.10 yang mana disampaikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Kutipan keseluruhan dana berkenaan adalah sebanyak B$904,537.43 dan sumbangan telah diserahkan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman kepada Abdirahman Yusof Aynte, Pengarah Rakan Kongsi Strategik, The United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA).

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa Kempen ‘Dignity is Priceless’ adalah merupakan sebuah projek kolaborasi di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dan UNRWA yang bertujuan bagi mengutip dana daripada orang ramai untuk membolehkan UNRWA membantu pelarian Palestin yang berdaftar dalam mendapatkan bekalan makanan serta perubatan.