PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin 10 November 2014 – Sebanyak 18 buah Buku Doktrin Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang baru diterbitkan semasa Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 53 baru-baru ini telah dipamerkan semasa majlis makan tengah hari Pegawai-Pegawai TDDB bersama Pemerintah ABDB semalam di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Pameran ini juga termasuk sebuah Buku
Army Fitness Handbook yang telah dihasilkan oleh TDDB.
Majlis makan tengahari sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 53 tahun ini telah dihadiri oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selaku tetamu kehormat.
Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abdul Rahman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Pegawai-Pegawai Kanan TDDB serta seluruh Pegawai-pegawai TDDB.
Aturcara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah di surau PRI Perkhemahan Tutong dan diikuti dengan sesi bergambar ramai di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Acara juga diserikan dengan upacara pemotongan kek Hari Ulang Tahun TDDB ke 53 yang disempurnakan oleh Pemerintah ABDB.
Majlis ini iungkayahkan bagi mengeratkan hubungan diantara Pegawai-Pegawai TDDB danPemerintah ABDB.
