BOLKIAH GARRISON, Friday 6 May 2011 – In igniting the challenges which provide relief for the international monitoring  and peacekeeping mission, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continues to deploy its officers and personnel to join the Brunei Darussalam International Monitoring Mission (IMT) to Mindanao, Republic of the Philippines. With this a Doa Selamat Ceremony for the departure of the officers and personnel was held this  afternoon at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison.

The Doa Selamat was to bless the safety departure of the officers and personnel involved while seeking their prosperity in carrying out their duties in the said mission. The afternoon ceremony included a mass ‘Asar  prayer, reading of the surah Yassin and special departing ‘doa’ of the officers and personnel which ended with an exchange of ‘salam’.

Also present at the ceremony were the Defence Executive Committee Members, Service Commanders, Commandant, Directors, Senior Officers, Officers and personnel as well as staffs of the Ministry of Defence and RBAF.




MAJLIS DOA SELAMAT BAGI KUMPULAN KE-7 MISI PENGAMAN IMT

BOLKIAH GARISON, Jumaat 06 Mei 2011 - 
Dalam menyahut cabaran menghulurkan bantuan ke misi pemantau dan
pengaman antarabangsa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus
menghantar pegawai-pegawai serta anggota-anggota tambahan untuk
menyertai Misi Pengamanan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam Ke
Mindanao, Republik Filipina (IMT). Untuk itu Majlis Doa Selamat
pemergian para pegawai serta anggota berkenaan telah diadakan petang ini
bertempat di Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison.

Majlis doa selamat berkenaan bertujuan bagi memohon keselamatan bagi pemergian para pegawai serta
anggota yang terbabit sekaligus memohon kesejahteraan mereka dalam
menjalankan tugas dalam misi berkenaan. Majlis pada petang tersebut
diisikan dengan sembahyang fardhu ‘Asar berjemaah, bacaan surah Yassin
serta doa khusus Pemergian pegawai-pegawai dan anggota-anggota berkenaan
dan diakhiri dengan majlis bersalaman.

Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei mula menghantar kotingen pengaman Misi
Pengamanan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) ke Minadano,
Republik Filipina pada tahun 2005. Bagi penghantaran pada kali ini
seramai 4 orang pegawai dan 3 anggota lain-lain peringkat akan 
melaksanakan tugasan mereka di IMT

Majlis pada petang
ini dihadiri oleh Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan,
Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Komandan, Pengarah-pengarah,
Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota dan
kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.