BOLKIAH GARISSON, Friday, 15 December 2023 – A Doa Kesyukuran function was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison this morning to welcome the return of 30 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who have been deployed as part of the Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT) under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission. The RBAF contingent, led by Major Hisham bin Haji Mahmud had returned home on 6 December 2023. 


Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Services Commanders and Acting Joint Force Commander, Directors, military and civilian officers and personnel of the Ministry of Defence. 


The function that was combined with weekly ‘Halaqah Jumaat’ programme include a Tazkirah entitled ‘Pengorbanan Demi Pengorbanan’ by Ustaz Nur Amin bin Jali, Religious Teacher from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The Tazkirah emphasised that the jihad or sacrifice of a soldier begins with improving his intentions, doing righteous deeds and strengthening his relationship with Allah Subhanahu Wata’ala, always maintaining discipline, controlling desires from committing sins and always willing to serve without despair, for the sake of the religion, the King, the country and the nation. 


The function proceeded with presentation of certificate to the contingent officers and personnel by Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Doa Kesyukuran, and concluded Doa and a group photo session. 


Overseas missions are aspirations outlined in Brunei Darussalam’s Defence White Papers. RBAF remains committed to contributing to regional and international peace and stability, as part of its commitment towards global peace. In October this year, RBAF continued the deployment of 29 of its members to the UNIFIL mission with MALBATT 850-11.






















MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA KEPULANGAN KONTINJEN ABDB YANG MENYERTAI
MALBATT 850-10 BAGI MISI PENGAMAN
UNIFIL






BOLKIAH GARISON, Jumaat, 15 Disember 2023 – Majlis Doa Kesyukuran sempena kepulangan 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) bersama
Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 telah diadakan di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison pada hari ini. Kontinjen ABDB yang diketuai oleh Mejar Hisham bin Haji Mahmud telahpun kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 6 Disember 2023 yang lalu.




Hadir di majlis berkenaan adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan.




Majlis yang diserasikan dengan acara Halaqah Jumaat mingguan ini turut memuatkan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Pengorbanan Demi Pengorbanan’ yang disampaikan oleh Ustaz Nur Amin bin Jali, Guru Ugama Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Ceramah tersebut menekankan bahawa jihad atau pengorbanan seorang tentera itu bermula dengan memperbaiki niat, beramal sholeh dan menguatkan hubungan dengan Allah Subhanahu Wata’ala, sentiasa menjaga disiplin, mengawal hawa nafsu daripada melakukan dosa dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat tanpa mengenal erti putus asa demi Agama, Raja, Negara dan Bangsa. 





Majlis diikuti dengan penyampaian sijil kepada pegawai dan anggota-anggota kontinjen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Doa Kesyukuran, dan diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi gambar ramai. 




Misi luar negara merupakan aspirasi yang digariskan dalam Kertas-Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam. ABDB tetap komited untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan antarabangsa, yangmana merupakan sebahagian daripada komitmennya ke arah keamanan global. Pada bulan Oktober lalu, ABDB telah meneruskan penempatan seramai 29 anggotanya ke misi UNIFIL dengan MALBATT 850-11.