PENANJONG GARRISON, Thursday, 07 April 2022 – The Training Institute of Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) today held a Doa Kesyukuran event at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, to commemorate its 53rd Anniversary. 

Present during the event was Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present were senior officers, officers and personnel of TI RBAF.

The ceremony began with the recitation of verses from the Holy Quran by Staff Sergeant Sumardy bin Sulaiman, Logistic Instructor from the School of Military Trade TI RBAF and followed by a tazkirah entitled “Pengabdian Amanah dan Tanggungjawab Sebagai Seorang Tentera” delivered by Ustaz Nur Amin bin Hj Ali from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
During the event, the Commandant of TI RBAF delivered his speech, which was witnessed by all TI RBAF personnel at Surau Al-Hikmah as well as via virtual means.

The event then resumed after the Zuhur prayer with a halaqah for the commencement of Tadarus Al-Quran in conjunction with TI RBAF’s 53rd Anniversary. The Commandant of TI RBAF himself led the recitation of Surah Al-Fatihah.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ABDB KE-53

PENANJONG GARISON, Khamis, 07 April 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-53 di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Staf Sarjan Sumardy bin Sulaiman, Jurulatih Logistik daripada Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB dan kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah oleh penceramah dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Ustaz Nur Amin bin Hj Ali, bertajuk “Pengabdian Amanah dan Tanggungjawab sebagai Seorang Tentera”.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Komandan IL ABDB, yang disaksikan oleh seluruh anggota warga IL ABDB di Surau Al-Hikmah secara fizikal dan juga secara maya.

Majlis disambung semula selepas Solat Fardhu Zuhur berjemaah dengan mengadakan halaqah bagi pelancaran Tadarus Al-Quran sempena penubuhan IL ABDB ke-53. Acara halaqah tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Komandan IL ABDB sendiri.