ROYAL BRUNEI NAVY, Tuesday, 29 June 2021 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) women military personnel recently celebrated its 40th anniversary since its establishment on 29 June 1981 with a Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Al-Huda, Royal Brunei Navy.
Present as the guest of honour was Colonel Norsuriati binti Hj Sharbini, Head of Judge Advocate General’s Office, Ministry of Defence. Also present were female officers, female veterans and enlisted personnel of the RBAF.
The ceremony was highlighted with a special lecture entitled “Peranan dan Cabaran Muslimah di era Globalisasi” delivered by Siti Juhaidah binti Hj Bujang, Religious Officer from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs, where she touched on the life balance as a professional career woman and a mother, as well as workplace issues such as sexual harassment.
This was then followed with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran led by
Lieutenant Siti Nur Hazwani binti Ismail, Religious Officer from the Religious Department, RBAF.
The ceremony was aimed to strengthen existing relations and nurture religious spirituality among the RBAF women personnel. Currently, there are approximately 800 women personnel serving for the RBAF.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ASKAR WANITA ABDB KE-40 TAHUN
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, Selasa, 29 Jun 2021 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AW ABDB) baru-baru ini telah menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita ABDB yang ke-40 tahun sejak penubuhannya pada 29 Jun 1981 dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Kolonel Norsuriati binti Hj Sharbini, Ketua Perundangan Tentera, Pejabat Perundangan Tentera, Kementerian Pertahanan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai, mantan Askar Wanita dan anggota lain-lain peringkat AW ABDB.
Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Peranan dan Cabaran Muslimah di era Globalisasi” yang disampaikan oleh Ustazah Siti Juhaidah binti Hj Bujang, Pegawai Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di mana beliau menyentuh mengenai keseimbangan hidup wanita sebagai professional yang bekerjaya dan juga sebagai seorang ibu, serta masalah di tempat kerja seperti gangguan seksual.
Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Leftenan Siti Nur Hazwani binti Ismail, Pegawai Agama dari Jabatan Agama ABDB.
Majlis tersebut dianjurkan bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk kerohanian agama di kalangan anggota wanita ABDB. Pada masa ini, seramai lebih kurang 800 askar wanita sedang berkhidmat di dalam ABDB.