BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 14 July 2026 – The Ministry of Defence held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th birthday at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. Similar events were also conducted simultaneously across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including Pulau Baru-Baru Mosque.
Present at the function were Yang Mulia Colonel Abdul Mutalip bin Bujang, Director of Logistics, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The function began with the recital of Surah Al-Mulk from verses 1 to 11, followed by mass Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers. The ceremony continued with the recitation of Surah Yassin, Doa Kesyukuran and then concluded with mass Fardhu Isya’ Prayer.










MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Selasa, 14 Julai 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘ Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis yang sama diadakan di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir semasa majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Abdul Mutalip bin Bujang, Pengarah Logistik, serta pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 dan diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.