BERAKAS GARRISON, Monday, 10 August 2026 – The Directorate of Development and Work Services (DDWS) today held the Launching Ceremony of the Network Accessible Web Helpdesk System (NAWHDS) 2.0 at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison, marking another significant milestone in the Directorate’s digital transformation efforts.
The Guest of Honour Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, officiated the launch of NAWHDS 2.0.
In the opening remarks by the Acting Director of Development and Work Services, Sr. Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili highlighted the importance of digital transformation in enhancing the Directorate’s maintenance management capabilities, in line with Ministry of Defence’s objective and in support of Brunei Darussalam’s vision Wawasan 2035.
This was followed by a briefing on NAWHDS 2.0, outlining the background of the project, the objectives of the system and the key enhancements introduced in the new version. The briefing also covered the system workflow, management dashboard, enhanced security features as well as the transition plan from NAWHDS 1.0 to NAWHDS 2.0.
As part of the DDWS’s digital transformation initiative, NAWHDS 2.0 will officially replace the existing NAWHDS 1.0 system. Following the successful launch and transition period, NAWHDS 1.0 will cease operations and be officially decommissioned on 16 August 2026. All system users are encouraged to migrate to NAWHDS 2.0 and utilise the enhanced platform for all future maintenance complaints and work requests beginning 17 August 2026.








JABATANARAH PEMBANGUNAN DAN PERKHIDMATAN KERJA MELANCARKAN NETWORK ACCESSIBLE WEB HELPDESK SYSTEM (NAWHDS)2.0 KEARAH MEMPERTINGKATKAN PENGURUSAN PEMELIHARAAN SECARA DIGITAL
BERAKAS GARISON, Isnin, 10 Ogos 2026 – Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Network Accessible Web Helpdesk System (NAWHDS) 2.0 yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha transformasi digital Jabatanarah.
Tetamu Kehormat Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, telah menyempurnakan pelancaran NAWHDS 2.0 tersebut.
Dalam ucapan pembukaan Pemangku Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Sr. Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili menekankan kepentingan transformasi digital dalam memperkukuhkan keupayaan pengurusan pemeliharaan Jabatanarah, selaras dengan objektif Kementerian Pertahanan dan menyokong visi Wawasan 2035 Brunei Darussalam.
Acara kemudiannya diteruskan dengan taklimat mengenai NAWHDS 2.0 yang menggariskan latar belakang projek, objektif sistem serta penambahbaikan utama yang diperkenalkan dalam versi baharu tersebut. Taklimat itu turut menerangkani aliran kerja sistem, papan pemuka pengurusan, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta pelan peralihan daripada NAWHDS 1.0 kepada NAWHDS 2.0.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital JPPK, NAWHDS 2.0 akan secara rasmi menggantikan sistem NAWHDS 1.0 yang digunakan pada masa ini. Berikutan kejayaan pelancaran dan tempoh peralihan, NAWHDS 1.0 akan dihentikan operasinya dan secara rasminya akan ditamatkan penggunaannya pada 16 Ogos 2026. Semua pengguna sistem digalakkan untuk beralih kepada NAWHDS 2.0 bagi membuat aduan dan permohonan kerja-kerja pemeliharaan bermula pada 17 Ogos 2026.