BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 18 February 2024 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman consented to attend a Dinner Banquet in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince’s 50th Birthday Celebration hosted by the Ministry of Defence at the Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel.

Accompanying Their Royal Highnesses to the ceremony were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam.

Upon arrival at the Indera Samudra Grand Hall, His Royal Highness and Her Royal Highness as well as members of the Royal Family, were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II and spouse; and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and spouse.

His Royal Highness and Her Royal Highness as well as members of the royal Family were then invited for a group photo session and subsequently consented to meet with RBAF personnel whom had recently concluded deployment from the 4th Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) to Mindanao, Republic of the Philippines and RBAF personnel embedded under the Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

His Royal Highness was then presented with a video clip and a special photobook titled “Sejambak Ristaan XVII – Gemilang 50”, a collection of photographs from the early years of His Royal Highness’s visits and involvement with RBAF to the present day. This was followed by the signing of a Commemorative Parchment before proceeding to the Main Hall for the dinner banquet. 

His Royal Highness the Crown Prince’s 50th Birthday Celebration was further enlivened with the Cake Cutting Ceremony and His Royal Highness also consented to receive a ‘pesambah’ from all members of RBAF, which is an Executive Desk Set embodying the concept of integrating military capabilities and technology.

To bless the event, a Doa Kesyukuran was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).

The Dinner Banquet was enriched by performances from RBAF officers and personnel, centred around the theme ‘Mensyukuri Rahmat Ilahi’, followed by a video presentation of congratulatory messages in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince’s 50th Birthday Celebration from various RBAF services, RBAF personnel engaged in IDB VMAT and UNIFIL as well as Brunei Darussalam’s Defence Advisors/Attachés residing overseas.

Prior to leaving the ceremony, His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness consented to receive a ‘Junjung Ziarah’ from RBAF Officers and Other Ranks Personnel.

In conjunction with His Royal Highness the Crown Prince’s 50th Birthday, the Ministry of Defence prays to Allah Almighty that His Royal Highness and the Royal Family continue to be blessed with good health and longevity, and bestowed with abundant grace, guidance, and blessings from Allah Almighty.

MAJLIS SANTAP MALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-50 TAHUN
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 18 Februari 2024 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-50 Tahun anjuran Kementerian Pertahanan di Dewan Indera Samudra, The Empire Hotel.

Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta Ahli-Ahli Kerabat Diraja di Dewan Indera Samudra dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan Datin; dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Datin.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berserta Ahli-Ahli Kerabat Diraja kemudian dijunjung untuk menyertai sesi bergambar ramai dan seterusnya disembah kenalkan kepada anggota-anggota ABDB yang baru saja menamatkan penyertaan bagi misi Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) Ke-4 di Mindanao, Republik Filipina dan Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudian disembahkan dengan tayangan klip video dan sebuah buku khas “Sejambak Ristaan XVII – Gemilang 50” yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan pada awal penglibatan Duli Yang Teramat Mulia semasa lawatan-lawatan dan acara-acara ABDB sehingga kini. Majlis ini diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan sebelum berangkat ke Dewan Utama bagi majlis santap.

Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-50 Tahun dimeriahkan lagi dengan Upacara Memotong Kek Puja Usia. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima pesambah dari seluruh warga ABDB yang merupakan Set Meja Eksekutif berkonsepkan integrasi keupayaan ketenteraan dan teknologi. 

Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

Majlis Santap Malam juga diserikan dengan persembahan dari Pegawai-Pegawai dan Anggota Lain-Lain Peringkat ABDB yang berkonsepkan ‘Mensyukuri Rahmat Ilahi’, dan diikuti dengan tayangan video bagi menyembahkan Ucapan Ulang Tahun Puja Usia Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia dari unit-unit Angkatan Tentera, anggota-anggota ABDB yang sedang mengikuti penugasan di IDB VMAT dan UNIFIL serta Penasihat/Atase Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada Pegawai-Pegawai dan Anggota Lain-Lain Peringkat ABDB. 

Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-50 Tahun, Kementerian Pertahanan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Yang Teramat Mulia dan juga Ahli-Ahli Kerabat Diraja sentiasa berada dalam kandungan sihat wal’afiat dan dilanjutkan usia serta mendapat limpah rahmat, taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.