REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 23 January 2024 – Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence Brunei Darussalam attended the 12th IISS Shangri-la Dialogue Sherpa Meeting, which took place from 21 to 23 January 2024 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.


The Sherpa Meeting is a platform to discuss key regional security issues amongst defence officials, high-ranking military officers, and non-governmental experts. This year, the meeting observed four sessions entitled; Crisis Management in the Asia-Pacific, Developing New Regional Defence Capabilities and Industrial Partnerships, Managing the Military Dimensions of Cyber, Artificial Intelligence and Advanced Technologies, and Ensuring Regional Security in an Era of Rising Strategic Competition.


At the sideline of the meeting, the Deputy Permanent Secretary held bilateral calls with senior officials from Singapore, United Kingdom, United States, France, Canada and Germany.


The International Institute for Strategic Studies (IISS) organised the Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting in support and preparation for the upcoming IISS Shangri-la Dialogue, which will take place on 31 May to 2 June 2024.






TIMBALAN SETIAUSAHA TETEAP HADIRI MESYUARAT SHERPA DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-12


REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 23 Januari 2024 – Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-la ke-12, yang berlangsung pada 21 hingga 23 Januari 2024 di Shangri-La Hotel, Republik Singapura.


Mesyuarat Sherpa merupakan landasan yang membincangkan isu-isu keselamatan serantau diantara pegawai-pegawai pertahanan dan tentera berserta pakar-pakar bukan kerajaan. Pada tahun ini, mesyuarat tersebut mengetengahkan empat sesi bertajuk; Pengurusan Krisis di Asia-Pasifik, Membangunkan Keupayaan Pertahanan Serantau Baharu dan Perkongsian Industri, Mengurus Dimensi Ketenteraan Siber,
Artificial Intelligence dan Teknologi, dan Memastikan Keselamatan Serantau dalam Era Persaingan Strategik Yang Meningkat.


Di samping mesyuarat tersebut, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap telah mengadakan perjumpaan dua hala, bersama pegawai-pegawai kanan dari Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada and Jerman.


International Institute for Strategic Studies (IISS) menganjurkan Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La sebagai sokongan dan persediaan untuk Dialog Shangri-la IISS yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 2 Jun 2024.