
JAPAN, Friday, 3 February 2023 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence made a working visit to Japan from 1 February to 4 February 2023. Accompanying the Deputy Minister was Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration) and officials from the Ministry of Defence Brunei Darussalam.
During the working visit, Yang Mulia Deputy Minister of Defence made a courtesy call on His Excellency Ino Toshiro, Japan State Minister of Defense, at the Ministry of Defense in Ichigaya, Tokyo where both sides reaffirmed their commitment to continue bolstering defence ties and enhance interactions and exchanges in areas of mutual interest through various bilateral and multilateral platforms towards regional peace and stability.
Following the courtesy call, Yang Mulia Deputy Minister of Defence and Japan State Minister of Defense signed the Memorandum of Cooperation (MOC) on Defence Cooperation and Exchanges between the two Defence Ministries that aims to further strengthen the growing defence interactions between Brunei Darussalam and Japan, including the proposal for a defence policy dialogue between both countries.
Yang Mulia Deputy Minister of Defence also had the opportunity to visit the Hiroshima Peace Memorial Park, Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) Yokosuka Naval Base, as well as the National Defense Academy of Japan (NDA) in Yokosuka where Yang Mulia Deputy Minister of Defence made a courtesy call on Mr. Kubo Fimiaki, President of NDA.
Brunei Darussalam and Japan enjoy warm and cordial relations fostered by the close relations between His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and His Majesty the Emperor of Japan. The visit by the Deputy Minister of Defence underscores the warm defence relations that have broadly progressed through regular defence engagements such as exchange of visits, port calls, and other defence and military-related meetings and activities at the bilateral and regional levels.

Yang Mulia Deputy Minister Of Defence And Japan State Minister Of Defense Signed The Memorandum Of Cooperation (Moc) On Defence Cooperation And Exchanges

Visit to Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) Yokosuka Naval Base

Visit to the National Defense Academy of Japan (NDA), Yokosuka

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE JEPUN DAN PENANDATANGAN MEMORANDUM KERJASAMA DAN PERTUKARAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KERAJAAN JEPUN
JEPUN, Jumaat, 3 February 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Jepun dari 1 Februari hingga 4 Februari 2023. Turut serta mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan ialah Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Dalam rangka lawatan ini, Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan kunjungan hormat keatas Tuan Yang Terutama Ino Toshiro, State Minister of Defense Jepun di Kementerian Pertahanan Jepun di Ichigaya, Tokyo yang mana kedua-dua belah pihak telah mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dan meningkatkan lagi interaksi dan pertukaran di bidang berkepentingan bersama melalui pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala yang turut menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Susulan kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan dan State Minister of Defense Jepun telah menandatangani Memorandum Kerjasama dan Pertukaran Pertahanan (Memorandum of Cooperation on Defence Cooperation and Exchanges) di antara kedua-dua Kementerian Pertahanan yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi interaksi pertahanan yang semakin meningkat antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, termasuk cadangan bagi dialog dasar pertahanan antara kedua-dua negara.
Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan berserta rombongan juga berkesempatan mengunjungi Hiroshima Peace Memorial Museum, Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) di Yokosuka Naval Base dan juga National Defense Academy of Japan (NDA) di Yokosuka di mana Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Kubo Fimiaki, Presiden NDA.
Negara Brunei Darussalam dan Jepun menikmati hubungan yang sangat baik dan mesra yang dipupuk oleh hubungan rapat antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun. Lawatan oleh Timbalan Menteri Pertahanan menggariskan hubungan pertahanan yang mesra yang telah berkembang secara meluas melalui kekerapan aktiviti penglibatan pertahanan seperti pertukaran lawatan, lawatan Muhibbah tentera laut dan mesyuarat-mesyuarat serta aktiviti-aktiviti berkaitan pertahanan dan ketenteraan di peringkat dua hala dan serantau.