BOLKIAH GARRISON, Thursday, 21 July 2022 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Major General David Neo Chin Wee, Chief of Army, Singapore Armed Forces (SAF) this afternoon.


During the call, both sides reaffirmed the excellent and longstanding bilateral defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. Major General David Neo congratulated the Deputy Minister of Defence on his recent appointment and expressed SAF’s gratitude to the Ministry of Defence Brunei Darussalam for the resumption of training of the SAF in Brunei Darussalam.


The Deputy Minister of Defence expressed his satisfaction on the ongoing annual bilateral exercises. Both sides welcomed more opportunities for cooperation and look forward to further strengthen ties bilaterally and multilaterally, especially between both armies.


The special defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore continue to be fostered through various fields of cooperation including regular exchange of visits, dialogues, meetings, bilateral exercises, trainings, courses, professional exchanges, exhibitions and other programmes.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT, ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA


BOLKIAH GARISON, Khamis, 21 Julai 2022 – Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan pengenalan daripada Mejar Jeneral David Neo Chin Wee, Panglima Tentera Darat, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, petang ini.


Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang erat dan yang telah sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Mejar Jeneral David Neo mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan atas pelantikan baharu beliau. Mejar Jeneral David Neo seterusnya menzahirkan rasa penghargaan ke Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam atas penyambungan semula latihan Angkatan Bersenjata Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam.


Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan juga menyampaikan rasa gembira dengan pelaksanaan eksesais tahunan secara dua hala. Kedua-dua belah pihak turut menyambut baik peluang bagi kerjasama pertahanan untuk terus mengukuhkan dan mendalamkan lagi hubungan dua hala khususnya di antara kedua-dua Tentera Darat.


Hubungan pertahanan istimewa antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sentiasa diperkukuhkan melalui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan dua hala, kursus, pertukaran profesional, pameran dan program-program lain.