BOLKIAH GARRISON, Thursday 25 August 2016 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received a call from Mr. Ro Manabe, the newly appointed Vice-Minister of Defense for International Affairs, Japan Ministry of Defense, at the Bolkiah Garrison, Ministry of Defence. The Deputy Minister of Defence of Brunei Darussalam congratulated Mr. Manabe on his new role as Vice-Minister. In addition to exchanging views on current regional security issues, both sides took the opportunity to reaffirm the friendly bilateral defence relations and subsequently discussed on the ways to enhance the ties.
The Deputy Minister of Defence also emphasised the importance of Japan’s role within the ASEAN Defence Ministers Meeting-Plus (ADMM-Plus) framework to promote practical cooperation and mutual understanding within the region. On that note, Brunei Darussalam welcomed the ASEAN-Japan Defence Ministers’ Informal Meeting which will be held on the sidelines of the ADMM Retreat in Lao PDR in November 2016.
During his one-day official visit, Vice Minister Manabe also took the opportunity to call on the Permanent Secretary of the Ministry of Defence of Brunei Darussalam, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, and visited the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) at the Ministry of Defence.



BOLKIAH GARISON, Khamis 25 Ogos 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Mulia Ro Manabe, Naib Menteri Pertahanan bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Jepun di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Mulia Manabe atas pelantikan barunya sebagai Naib Menteri. Kedua-dua pihak negara terus membincangkan perkara berkaitan hubungan pertahanan dua hala dan bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau.
Timbalan Menteri Pertahanan juga menyatakan kepentingan peranan Jepun dalam rangka Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) untuk mendokong kerjasama praktikal serta persefahaman di rantau Asia Tenggara. Dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam juga menyambut baik Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Jepun yang akan di adakan secara berasingan di acara ADMM Retreat pada bulan November 2016 di Republik Demokratik Rakyat Lao.
Di dalam lawatan kerja sehari itu, Naib Menteri Manabe turut mengambil peluang untuk membuat kunjungan hormat kepada Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam. Beliau juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah di dalam Kementerian Pertahanan.