BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 26 October 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Colonel Russ Corwin, Defence Attaché of the United States of America to Brunei Darussalam, today.
During the call, both sides affirmed the friendly relations shared as well as the robust bilateral defence and military cooperation between the two countries. Colonel Russ Corwin is in Brunei Darussalam for Exercise CARAT which is in its 28th iteration. Exercise CARAT, which will run from 24 until 31 October this year, aims to enhance regional military-to-military cooperation, build friendships and boost professional skills amongst participating forces. This year’s CARAT will resume its physical format in some activities, and includes a number of professional exchanges, including Subject Matter Expert Exchanges and a sea-phase Field Training Exercise.
The defence and military cooperation between Brunei Darussalam and the United States of America is cemented by the Memorandum of Understanding (MOU) on Defence Cooperation signed on
29 November 1994.

KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 26 Oktober 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel Russ Corwin, Atase Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.
Semasa kunjungan pengenalan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara serta kerjasama pertahanan dan ketenteraan dua hala yang teguh. Kolonel Russ Corwin sedang berada di Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Eksesais CARAT yang merupakan eksesais siri ke-28. Eksesais CARAT yang berlangsung dari 24 hingga 31 Oktober tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan serantau, membina persahabatan dan meningkatkan kemahiran profesional di kalangan angkatan tentera yang terlibat. Eksesais CARAT tahun ini akan menyambung semula perlaksanaannya melalui format fizikal dalam beberapa sudut, yang mana merangkumi beberapa kegiatan program pertukaran profesional iaitu Subject Matter Expert Exchanges, dan latihan fasa laut Field Training Exercise.
Kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat telah dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 29 November 1994.