BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 13 September 2022 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a farewell call today from Colonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, Defence Advisor of Malaysia to Brunei Darussalam.
During the call, the Deputy Minister of Defence conveyed the Ministry’s warmest appreciation for the contributions and cooperation of the Defence Advisor of Malaysia to Brunei Darussalam in strengthening the defence and military relations of both countries throughout his tenure since January 2016. Both sides expressed their satisfaction with the close and longstanding defence cooperation as well as friendship between Brunei Darussalam and Malaysia.
This relationship is fostered through a comprehensive range of cooperation including agreements like the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992, as well as interactions including regular exchanges of visits, military exercises, courses and trainings, recurring defence related meetings and cooperation within the United Nations peacekeeping missions namely the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 13 September 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, telah menerima kunjungan perpisahan pada hari ini daripada Kolonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan atas sumbangan dan kerjasama Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraa di antara kedua-dua negara sejak memegang jawatan tersebut pada Januari 2016. Kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati dengan kerjasama yang akrab dan kian teguh terjalin serta persahabatan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui rangkaian kerjasama komprehensif termasuk perjanjian-perjanjian seperti Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 14 Februari 1992, serta interaksi-interaksi seperti pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan, kursus dan latihan, mesyuarat-mesyuarat pertahanan, dan kerjasama dalam misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).