BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 29 November 2016 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, the Deputy Minister of Defence received a farewell call from His Excellency General Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad, Chief of the Royal Malaysia Air Force.

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated His Excellency for being awarded the Royal Brunei Air Force Honorary Pilot Wing and expressed his appreciation for His Excellency’s contributions and support in enhancing the military cooperation between Royal Brunei Air Force and Royal Malaysia Air Force during his command and leadership.

Both sides also took the opportunity to reiterate the close and long-standing defence relationship between Brunei Darussalam and Malaysia and reaffirmed the commitment to enhance such ties.

The framework for fostering closer defence and military cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia was established with the signing of two Memorandum of Understanding (MoUs) in 1992 and 1998 in areas such as military exercises, exchange of visits, courses and training, information-sharing as well as technology.






TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PANGLIMA TENTERA UDARA MALAYSIA

BOLKIAH GARISON, Selasa, 29 November 2016 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan perpisahan daripada Yang Mulia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Semasa kunjungan perpisahan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama keatas penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan merakamkan penghargaan atas sumbangan serta segala sokongan dalam mengeratkan hubungan ketenteraan antara Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Malaysia semasa kepimpinan dan pemerintahan beliau.

Timbalan Menteri Pertahanan turut melahirkan rasa sukacita keatas hubungan Brunei Darussalam dan Malaysia dan berharap agar kedua- dua negara akan sentiasa meneruskan hubungan yang erat dalam bidang pertahanan. Kedua-dua pihak juga mengesahkan komitmen masing-masing untuk terus meningkatkan hubungan pertahanan yang telah lama berdiri di antara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Rangka kerja dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dan ketenteraan telah dimeterai melalui Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada 1992 dan 1998 melalui latihan ketenteraan, pertukaran lawatan, latihan dan kursus, pertukaran maklumat serta dalam bidang teknologi.