BOLKIAH GARRISON, Friday, 24 February 2017 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received a joint courtesy call from the new Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Sultanate of Oman, His Excellency Haji Sulaini bin Haji Said and new Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to Japan, Her Excellency Kamilah binti Hanifah.

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated His Excellency and Her Excellency for their new appointments and expressed his pleasure on the good state of relations between Brunei Darussalam with the Sultanate of Oman and Japan. He also expressed his best wishes to the envoys and his hopes for continued progress in both countries’ bilateral defence relations with Brunei Darussalam.

Their Excellencies received their Letters of Credence from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, on 15 February 2017.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA-DUTA YANG BARU DILANTIK KE KESULTANAN OMAN DAN JEPUN


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 24 Februari 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan hormat bersama daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Hanifah.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan dan Puan Yang Terutama di atas perlantikan mereka seterusnya menimbulkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan kedua-dua buah negara. Timbalan Menteri Pertahanan juga mendoakan semoga kedua duta-duta besar tersebut akan dimurahkan rezeki dan rahmat serta berharap hubungan pertahanan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan kedua buah negara tersebut akan berterusan.

Kedua Tuan dan Puan Yang Terutama telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.