TANAH JAMBU, Friday, 14 October 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call from Brigadier General Abdullah Khaled S. Alyamini, Military Attaché of The Kingdom of Saudi Arabia accredited to Brunei Darussalam.
During the courtesy call, the Deputy Minister of Defence conveyed his congratulations on the appointment of Crown Prince Mohammed bin Salman as the Prime Minister of The Kingdom of Saudi Arabia on 27 September 2022, and on the appointment of Prince Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud as the new Defence Minister of The Kingdom of Saudi Arabia. He also expressed his appreciation for the participation of military officers from The Kingdom of The Royal Saudi Armed Forces in the RBAF Command and Staff Course organised by the Defence Academy RBAF, as well as the regular invitations from Saudi Arabia for the RBAF to participate in the Prince Sultan Awards for the Al-Qur’an Memorisation competition.
Both the Deputy Minister of Defence and Brigadier General Abdullah Khaled S. Alyamini reaffirmed their commitment to further elevate defence and military engagements between Brunei Darussalam and the Kingdom of Saudi Arabia, including through bilateral and multilateral ties, and welcomed more opportunities for cooperation in various defence fields between the two countries.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN KERAJAAN ARAB SAUDI YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TANAH JAMBU, Jumaat, 14 Oktober 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Abdullah Khaled S. Alyamini, Atase Pertahanan Kerajaan Arab Saudi yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan tahniah kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pelantikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi pada 27 September 2022, dan juga di atas pelantikan Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi. Beliau turut merakamkan penghargaan diatas penyertaan pegawai tentera Angkatan Bersenjata Diraja Kerajaan Arab Saudi dalam Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dianjurkan oleh Akademi Pertahanan ABDB serta di atas jemputan berterusan dari kerajaan Arab Saudi untuk menghantar wakil dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi menyertai pertandingan menghafaz Al-Qur’an ‘Prince Sultan Awards.’
Timbalan Menteri Pertahanan dan Brigadier Jeneral Abdullah Khaled S. Alyamini juga menekankan komitmen agar hubungan dan kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi akan lebih dipertingkatkan sama ada melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala dan mengalu-alukan lebih banyak peluang kerjasama diantara kedua-dua buah negara.