BOLKIAH GARRISON, Monday, 29 January 2018 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence received a joint courtesy call from His Excellency Haji Harun bin Haji Junid, His Excellency Haji Ahmad bin Haji Jumat and His Excellency Mohd Shafiee bin Haji Kassim, the new Ambassadors of Brunei Darussalam to the United Arab Emirates, the State of Kuwait and the Republic of Turkey respectively.

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated their Excellencies on their new appointments and highlighted the warm and friendly defence relations between Brunei Darussalam and the United Arab Emirates, State of Kuwait and Republic of Turkey. He expressed hope for continued progress in the bilateral cooperation between Brunei Darussalam and the three countries, especially in the field of defence.

Their Excellencies received their Letters of Credence from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 January 2018.





TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA-DUTA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE EMIRIYAH ARAB BERSATU, KUWAIT DAN REPUBLIK TURKI

BOLKIAH GARISON, Isnin, 29 Januari 2018 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat bersama daripada Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid, Tuan Yang Terutama Haji Ahmad bin Haji Jumat dan Tuan Yang Terutama Mohd Shafiee bin Haji Kassim, Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait dan Republik Turki.


Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah di atas perlantikan baru Tuan-Tuan Yang Terutama dan memuji hubungan pertahanan yang baik dan mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait dan Republik Turki. Beliau melahirkan harapan agar kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan ke tiga-tiga negara tersebut akan terus berkembang maju, terutamanya di dalam bidang pertahanan.


Tuan-Tuan Yang Terutama telah menerima Surat-Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Januari 2018.