BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 2 August 2017 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, received a courtesy call today by Vice Admiral Ray Griggs, Vice Chief of Defence Force, Australia Defence Force.
During the call, the Deputy Minister of Defence reaffirmed the mutually close and warm friendship between the two defence establishments, which has continuously flourished across a range of extensive interactions such as exchange of visits, exercises, trainings, professional exchanges, and courses. They also took the opportunity to exchange views on regional and international security issues, covering on areas of mutual interests.
Vice Admiral Griggs visited Brunei Darussalam previously during the annual Chiefs of Defence Conference (CHOD) that was held in November 2014. He is currently on a two-day official visit to Brunei Darussalam, which is one part of his extensive tour around the Southeast Asian region.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT OLEH VICE CHIEF OF DEFENCE FORCE, AUSTRALIA DEFENCE FORCE
BOLKIAH GARISON, Rabu, 2 Ogos 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, menerima kunjungan hormat dari Laksamana Madya Ray Griggs, Vice Chief of Defence Force, Australia Defence Force pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengesahkan hubungan persahabatan erat di antara kedua buah institusi pertahanan, yang semakin berkembang dalam pelbagai jenis interaksi yang luas, seperti pertukaran lawatan, eksesais, latihan, pertukaran profesional, dan kursus. Kedua belah pihak juga mengambil peluang untuk bertukar pandangan mengenai hal ehwal keselamatan serantau dan antarabangsa yang meliputi bidang-bidang kepentingan bersama.
Laksamana Madya Griggs kali terakhir berada di Negara Brunei Darussalam semasa menghadiri Chiefs of Defence Conference (CHOD) pada bulan November 2014. Beliau sedang menjalankan lawatan rasmi selama dua hari di Negara Brunei Darussalam, yang merupakan sebahagian daripada lawatan beliau di rantau Asia Tenggara.