BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 17 October 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, today received an introductory call from His Excellency Motohiko Kato, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Japan to Brunei Darussalam.
During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated His Excellency on his appointment and expressed his satisfaction on the warm and cordial defence relations between Brunei Darussalam and Japan. Both sides looked forward to see further progress in bilateral relations especially in fields of defence.
This relationship has fostered through the exchanges of visits as well as regular interactions between both sides through various defence platforms. Japan has also played an active role in promoting regional peace and security particularly under the ambit of the ADMM-Plus. Brunei Darussalam is currently the country coordinator for ASEAN-Japan dialogue relations (2015-2018).
His Excellency presented his Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, on 10 August 2017.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 17 Oktober 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak baru Jepun ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas perlantikan beliau dan menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan yang baik di antara Brunei Darussalam dan Jepun. Kedua-dua belah pihak berharap hubungan ini akan berterusan terutamanya dalam bidang kerjasama pertahanan.
Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui pertukaran lawatan dan interaksi-interaksi pegawai-pegawai kedua-dua buah negara dalam pelbagai platform pertahanan serantau. Jepun juga memainkan peranan yang aktif dalam mempromosikan keamanan dan sekuriti serantau di bawah platform ADMM-Plus. Negara Brunei Darussalam kini merupakan Negara Penyelaras bagi Dialog ASEAN-Jepun (2015-2018).
Tuan Yang Terutama menghadapkan Surat Watikah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017.