BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 8 February 2017 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, the Deputy Minister of Defence today received an introductory call from His Excellency Vincent Guerénd, Ambassador of the European Union / Head of the Delegation of the European Union to Indonesia and Brunei Darussalam.
During the call, the Deputy Minister of Defence expressed his pleasure on the good state of relations between Brunei Darussalam and the European Union (EU). The call also covered discussions on areas of mutual interests, focusing on regional and international security challenges.
His Excellency Guerénd, accompanied by other EU members based in the region, is in Brunei Darussalam from 7 – 8 February 2017. His Excellency Guerénd’s visit to Brunei Darussalam coincides with the 40th anniversary of ASEAN-EU dialogue relations.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PERWAKILAN KESATUAN EROPAH KE INDONESIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu 8 Februari 2017 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Vincent Guerénd, Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah ke Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan telah melahirkan rasa gembira atas hubungan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kesatuan Eropah. Perjumpaan berkenaan juga meliputi perbincangan ke atas bidang-bidang kepentingan bersama yang tertumpu kepada isu-isu keselamatan pada peringkat serantau dan antarabangsa.
Tuan Yang Terutama Guerénd, disertai oleh ahli-ahli Kesatuan Eropah yang lain yang berkhidmat di rantau ini, berada di Negara Brunei Darussalam pada 7 hingga 8 Februari 2017. Lawatan Tuan Yang Terutama Guerénd ke Negara Brunei Darussalam adalah bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dialog di antara ASEAN dan Kesatuan Eropah.