BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 15 February 2023 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Her Excellency Ambra Dickie, High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam. 

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated Her Excellency as the newly appointed High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam. He also highlighted the friendly defence relations between Brunei Darussalam and Canada through various defence and military interactions in the regional and international defence fora. Both sides looked forward to enhancing cooperation in defence and military fields between the countries in the future.

Her Excellency Ambra Dickie presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 20th October 2022.




TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 15 Februari 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.

Dalam kunjungan pengenalan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam. Beliau turut menyuarakan mengenai hubungan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada melalui pelbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan di peringkat serantau dan antarabangsa. Kedua-dua pihak melahirkan hasrat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan di antara kedua-dua buah negara di masa akan datang.

Puan Yang Terutama Ambra Dickie menyampaikan Surat Watikah Perlantikan ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.