BANGAR TOWN, Saturday, 08 October 2022 – A national function to commemorate the birth of the Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam for the year 1444H/ 2022M was held throughout all mosques and suraus with the main focus at Omar ‘Ali Saifuddien Mosque, Bandar Seri Begawan.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the function at Omar ‘Ali Saifuddien Mosque.
Similar functions were held simultaneously across all nationwide districts where Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, attended the function, as a special guest, organised by the Ministry of Religious Affairs at Mohammad Salleh Main Mosque, Bangar Town, Temburong
The function began with reciting verses of the Al-Qur’an by Yang Mulia Awang Muhammad bin Ali (first runner-up of the National Musabaqah Tilawatil Al-Quran 1443H/ 2021H), followed by a special talk delivered by Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd. Majid, Special Duties Officer Grade II, Counselling and Religious Understanding Unit, Ministry of Religious Affairs. The function then continued with a recitation of Selawat Tafrijiyyah and concluded with a Doa Selamat by Yang Mulia Awang Haji Shafrillah bin Haji Awang Ahmad, Mosque Affairs Officer, Utama Mohd Salleh Mosque, Bangar Town, followed by a group photo session with members of the organising committee.




TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENGHADIRI SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1444H/ 2022M DI DAERAH TEMBURONG
PEKAN BANGAR, Sabtu, 08 Oktober 2022 – Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat Negara bagi tahun 1444 Hijrah/2022 Masihi telah diadakan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien bagi majlis sambutan tersebut.
Majlis sambutan serupa juga diadakan serentak di kesemua daerah di mana Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan telah menghadiri Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam peringkat Daerah Temburong, selaku tetamu khas, anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Al-Qur’an oleh Yang Mulia Awang Muhammad bin Ali (Naib Johan, Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah/ 2021 Masihi), dan diikuti dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd. Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Shafrillah bin Haji Awang Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar dan sesi bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Majlis.