BENGALURU, REPUBLIC OF INDIA, Monday, 10 February 2025 – Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), represented the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the 15th edition of Aero India 2025 held from 10 to 14 February 2025 at the Yelahanka Air Force Station, Bengaluru, Republic of India.




The official opening ceremony was graced by His Excellency Rajnath Singh, the Defence Minister of the Republic of India, emphasising the significance of global cooperation in defence and aerospace advancements.




During the exhibition, the Deputy Commander of the RBAF attended the Defence Ministers’ Conclave, where high-level discussions revolved around enhancing security cooperation and fostering regional stability. The Conclave, themed ‘BRIDGE – Building Resilience through International Defence and Global Engagement,’ provided a platform to strengthen defence partnerships and explore collaborative opportunities in addressing shared security challenges. 




Aero India 2025 serves as a significant platform for showcasing India’s aerial capabilities, fostering international collaborations, and promoting indigenous defence innovations. Featuring over 800 exhibitors, including 100 international companies and 700 Indian enterprises, the event showcases cutting-edge technologies and advancements in the aerospace and defence sectors.

TIMBALAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI AERO INDIA 2025 EDISI KE 15


BENGALURU, REPUBLIK INDIA, Isnin, 10 Februari 2025 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mewakili Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Aero India 2025 edisi ke-15 yang telah dilaksanakan dari 10 hingga 14 Februari 2025 di Pangkalan Tentera Udara Yelahanka, Bengaluru, Republik India.


Majlis pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Rajnath Singh, Menteri Pertahanan Republik India, yang menekankan kepentingan kerjasama global dalam kemajuan pertahanan dan aeroangkasa.


Semasa pameran tersebut, Timbalan Pemerintah ABDB juga menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pertahanan, di mana perbincangan berfokuskan kepada meningkatkan kerjasama keselamatan dan memupuk kestabilan serantau. Persidangan ini, yang bertemakan ‘BRIDGE – Building Resilience through International Defence and Global Engagement,’ menyediakan platform untuk mengukuhkan perkongsian pertahanan dan meneroka peluang kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan bersama.



Aero India 2025 merupakan platform penting untuk mempamerkan keupayaan udara India, memupuk kerjasama antarabangsa, dan mempromosikan inovasi pertahanan tempatan. Dengan lebih daripada 800 peserta pameran, termasuk 100 syarikat antarabangsa dan 700 perusahaan India, acara ini mempamerkan teknologi terkini dan kemajuan dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan.​