BERAKAS GARRISON, Monday, 24 August 2026 – The Ministry of Defence held a Defence White Paper Update 2026 (DWPU 2026) briefing today for senior officers of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The event commenced with a DWPU 2026 briefing delivered by Yang Mulia Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Director of Defence Policy, Ministry of Defence. This was followed by a discussion session with a panel comprising members of the Defence White Paper Review Committee, including members from the Directorate of Force Capability Development, RBAF Religious Directorate, and Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies.
The DWPU 2026, carrying the theme “Defending the Nation’s Sovereignty: Credible, Adaptive and Resilient Force” was officially launched by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 31 May 2026, in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary.
The briefing serves as part of the Ministry of Defence’s Whole-of-Nation approach in enhancing understanding of the strategic direction and strategic enablers (PERKASA) aligned with DWPU 2026.









TAKLIMAT KERTAS PUTIH PERTAHANAN KEMASKINI 2026
BERAKAS GARISON, Isnin, 24 Ogos 2026 – Kementerian Pertahanan pada hari ini telah menganjurkan Taklimat Kertas Putih Pertahanan Kemaskini 2026 (KPPK 2026) bagi pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Acara dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Acara diteruskan dengan sesi perbincangan bersama panel yang terdiri daripada ahli-ahli komiti KPPK 2026 termasuk dari Jabatanarah Perkembangan Keupayaan Tentera, Jabatanarah Agama ABDB dan Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
KPPK 2026 yang bertemakan “Defending the Nation’s Sovereignty: Credible, Adaptive and Resilient Force” telah dilancarkan secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 31 Mei 2026, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-65.
Penganjuran taklimat ini mencerminkan pendekatan Whole-of-Nation Kementerian Pertahanan dalam meningkatkan kefahaman mengenai hala tuju serta strategic enablers (PERKASA) yang selari dengan KPPK 2026.