BERAKAS GARRISON, Monday, 31 August 2026 – The Ministry of Defence held a Defence White Paper Update 2026 (DWPU 2026) briefing today for officers and warrant officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The event commenced with a DWPU 2026 briefing delivered by officers from the Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence. This was followed by a discussion session with a panel comprising members of the Defence White Paper Review Committee, including members from the Commander RBAF’s Office, the Directorate of Force Capability Development, RBAF Religious Directorate, Directorate of Intelligence and Centre of Science and Technology Research and Development.
DWPU 2026, carrying the theme “Defending the Nation’s Sovereignty: Credible, Adaptive and Resilient Force” was officially launched by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 31 May 2026, in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary.
The briefing forms part of the Ministry of Defence’s Whole-of-Nation approach in enhancing understanding of the strategic direction and strategic enablers (PERKASA) outlined in DWPU 2026.








TAKLIMAT KERTAS PUTIH PERTAHANAN KEMASKINI 2026
BERAKAS GARISON, Isnin, 31 Ogos 2026 – Kementerian Pertahanan pada hari ini telah menganjurkan Taklimat Kertas Putih Pertahanan Kemaskini 2026 (KPPK 2026) bagi pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai waran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Acara dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Acara diteruskan dengan sesi perbincangan bersama panel yang terdiri daripada ahli-ahli komiti KPPK 2026 termasuk wakil-wakil dari Pejabat Pemerintah ABDB, Jabatanarah Perkembangan Keupayaan Tentera, Jabatanarah Agama ABDB, Jabatanarah Perisikan dan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi.
KPPK 2026 yang bertemakan “Defending the Nation’s Sovereignty: Credible, Adaptive and Resilient Force” telah dilancarkan secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 31 Mei 2026, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-65.
Penganjuran taklimat ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole-of-Nation Kementerian Pertahanan dalam meningkatkan kefahaman mengenai hala tuju strategik serta strategic enablers (PERKASA) yang selari dengan KPPK 2026.