BOLKIAH GARRISON, Tuesday 28 April 2015 – About 70 civilian officers heard a special talk this morning on Defence Management held at Wira Hall, RBAF Band Building, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

The guest speaker was Dr. Mark Thomson, Senior Analyst for Defence Economics at the Australian Strategic Policy Institute.

The guest of honour at the talk was Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Deputy Minister of Defence. Also present were members of the Defence Executive Committee and Directors in the Ministry of Defence.

The Director of Administration and Manpower, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar in his opening remarks stated that the talk was aimed at instilling the understanding of Defence Management concept especially to officers and staffs in the Ministry of Defence and how best to manage defence organisation effectively and efficiently.

During the session, Dr Mark Thomson shared his perspective in managing defence from his years in the department of defence in the mid 1990s. He gave strategic insights on Defence Reform on improving performance at the corporate and combat level; improving efficiency of military capabilities; defence budget, concepts of risk assessment and strategic risk management in defence. It provided an opportunity to exchange views on the complexities of future challenges that could be faced by defence executives and managers.

The talk is one of the ongoing initiatives to inculcate collective awareness and understanding on the fundamentals of defence management and to bring together officers from varying functional expertise and background to better understand their collective role in ensuring effective defence management.


CERAMAH PENGURUSAN PERTAHANAN MENEKANKAN MENGENAI PEMBAHARUAN DALAM PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Selasa 28 April 2015 – Kira-kira 70 orang pegawai awam telah diberikan sebuah ceramah khas pagi ini mengenai Pengurusan dalam Pertahanan yang diadakan di Dewan Wira, Bangunan Pancaragam ABDB, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Penceramah undangan adalah Dr. Mark Thomson, Penganalisis Kanan bagi Pertahanan Ekonomi di Australian Strategic Policy Institute.

Tetamu kehormat pada sesi ceramah ini ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir ialah Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan.

Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar dalam ucapan pembukaannya menyatakan bahawa ceramah ini bertujuan untuk memupuk pemahaman konsep Pengurusan dalam Pertahanan terutamanya kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian Pertahanan dan cara terbaik untuk menguruskan organisasi pertahanan dengan cekap dan berkesan.

Semasa sesi itu, Dr Mark Thomson berkongsi perspektif beliau dalam pengurusan dalam pertahanan semasa beliau di jabatan pertahanan dalam pertengahan tahun 1990an. Beliau memberi pandangan strategik mengenai Pembaharuan dalam Pertahanan untuk meningkatkan prestasi di peringkat korporat dan pertempuran; meningkatkan kecekapan keupayaan ketenteraan; peruntukan pertahanan, konsep penilaian risiko dan pengurusan risiko strategik dalam pertahanan. Ianya juga memberikan peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerumitan cabaran-cabaran dimasa akan datang yang akan dihadapi oleh para eksekutif pertahanan dan pengurus.

Ceramah tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang dijalankan pada masa ini untuk memupuk kesedaran dan pemahaman mengenai asas pengurusan dalam pertahanan dan agar semua pegawai-pegawai dari pelbagai fungsi kepakaran dan latar belakang sama-sama berganding bahu untuk lebih memahami peranan mereka secara menyeluruh dalam memastikan pengurusan pertahanan yang berkesan.