BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 8 March 2017 – The Ministry of Defence has been allocated a budget of BND$451.790,210.00 for the new fiscal year (2017/2018) during the third day of the 13th Legislative Council Session today.


The defence budget was presented by the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Finance II, The Honourable Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.


Central to the defence budget is the continued focus in adopting the best dynamic approach in aligning the Ministry’s strategic objectives towards enhancing the protection of national interests such as territorial integrity and sovereignty, economic development, social harmony, national philosophy, as well as in contributing to regional and global peace. In doing so, the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces will further concentrate its efforts to improve the level of preparedness and readiness, capability development, defence engagements, human resources productivity, as well as asset management.


In line with the wider drive to practice a more prudent approach in financial management and spending, the Ministry of Defence has embarked on a number of key reforms and approaches. Among them is the continued presence of a “Jimat Taskforce” since 2016 to avoid financial wastage across both operational and non-operational levels; the establishment of an electronically-based logistics ‘E-mart system’ for the controlled distribution of military personnel gear that has been set upon each individual; as well as efforts towards maximising the value of capacity-building via defence cooperation opportunities with foreign countries. The Ministry will also be conducting a preliminary study on the opportunities for the development of a ‘defence support industry’ in not only contributing to the Ministry alone but also to the country’s economic growth as a whole.


Such approaches and measures remain guided by the Ministry of Defence’s strategic framework to ensure the effective and sustainable implementation of projects and action plans.

The overall national budget for the new fiscal year stands at BND$5.3 billion.

BELANJAWAN PERTAHANAN 2017/2018 TELAH DILULUSKAN DALAM MAJLIS MESYUARAT NEGARA KALI KE-13

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 8 Mac 2017 – Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan belanjawan sebanyak B$451.790,210.00 bagi tahun fiskal yang baru (2017/2018) pada hari ketiga permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara kali ke-13, hari ini.


Belanjawan pertahanan telah diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.


Keutamaan kepada belanjawan pertahanan bagi tahun fiskal baru ini tertumpu kepada usaha-usaha ke arah mengambil pendekatan berdaya maju yang terbaik untuk meningkatkan keberkesanan dalam menyelaraskan strategi Kementerian Pertahanan ke arah memantapkan perlindungan isu-isu kepentingan negara seperti memelihara kedaulatan, keutuhan wilayah, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial, falsafah negara, serta menyumbang kepada keamanan serantau dan global. Dengan berbuat demikian, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan selanjutnya menumpukan usaha untuk meningkatkan tahap kesediaan, pembangunan keupayaan, perhubungan pertahanan, produktiviti sumber manusia, serta pengurusan asetnya.


Selaras dengan usaha yang lebih luas untuk mengamalkan pendekatan yang lebih berhemah dalam pengurusan kewangan dan perbelanjaan, Kementerian Pertahanan telah memulakan beberapa pembaharuan dan pendekatan utama. Antaranya ialah penubuhan “Jimat Taskforce” sejak 2016 untuk mengelakkan pembaziran kewangan di kedua-dua peringkat operasi dan bukan operasi; penubuhan sistem elektronik logistik ‘E-mart’ untuk pengedaran terkawal kelengkapan anggota tentera yang telah ditetapkan ke atas setiap individu; serta usaha-usaha ke arah memaksimakan nilai pembinaan kapasiti melalui peluang-peluang kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat. Kementerian Pertahanan juga akan menjalankan kajian awal mengenai peluang-peluang pembangunan ‘defence support industry’ yang bukan sahaja menyumbang kepada Kementerian tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.


Pendekatan-pendekatan dan langkah-langkah tersebut terus dibimbing oleh rangka kerja strategik pertahanan Kementerian untuk memastikan pelaksanaan projek dan pelan tindakan yang berkesan dan mampan.


Belanjawan negara keseluruhan bagi tahun fiskal yang baru adalah berjumlah B$5.3 bilion.