
KUALA LUMPUR, Wednesday, 2 August 2023 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) participated in the 25th ASEAN Regional Forum Heads of Defence Universities, Colleges and Institutions Meeting (HDUCIM), held in the Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia from 1 until 3 August 2023. Leading the DA RBAF delegation is Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, the Commandant of DA RBAF.
The 25th ARF HDUCIM is organized by the Malaysian National Defence University (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia – UPNM) and is co-hosted by the Vice Chancellor of UPNM, Yang Berbahagia Lieutenant General Datuk Mardzuki bin Muhammad and Brigadier General Don Chinthaka Asela Wickramasinghe, Deputy Vice Chancellor of the General Sir John Kotelawala Defence University, Sri Lanka. The theme of this year’s ARF HDUCIM is ‘Defence Education Diplomacy for Sustainable Peace and Security’. A total of 21 Defence Academic Institutions from ASEAN nations, dialogue partners and other invited countries participated. The objective of this conference is to enhance academic collaborations between ARF members for networking, alternative means of communication, confidence-building measures and mutually beneficial knowledge and skills sharing to continue enhancing ARF’s efforts in building peace and security in the Asian region and the wider world.
The opening ceremony was officiated by the Malaysian Defence Minister, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, who also delivered a keynote address. The meeting then commenced with presentations and sharing sessions from the participating institutions. The Commandant of DA RBAF delivered a brief on “Infusing Peace Education into the Curriculum of Professional Military Education (PME) in the Royal Brunei Armed Forces”.
The second day of the meeting commenced with a keynote address from the Director General of Higher Education, Yang Berbahagia Professor Dr Azlinda Azman, who is representing the Minister of Higher Education, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin. This was followed by a continuation of presentations from participating delegations.
During the two-day meeting, the DA RBAF delegation also had a bilateral meeting with the Vice Chancellor of UPNM, where both organisations discussed on future collaborations and deepening cooperation. This is in line with the expansion of DA RBAF to upgrade the quality and delivery of its academic programs.


AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI ARF HDUCIM KE-25
KUALA LUMPUR, Rabu, 2 Ogos 2023 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah menyertai ASEAN Regional Forum Heads of Defence Universities, Colleges and Institutions Meeting (HDUCIM) yang ke-25. Persidangan tersebut diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Malaysia pada 1 hingga 3 Ogos 2023. Mengetuai delegasi AP ABDB adalah Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB.
ARF HDUCIM yang ke-25 ini dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan dihoskan bersama oleh Naib Canselor UPNM, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan Brigedier Jeneral Don Chinthaka Asela Wickramasinghe, Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan General Sir John Kotelawala, Sri Lanka. Tema bagi persidangan tahun ini adalah ‘Defence Education Diplomacy for Sustainable Peace and Security’. Secara keseluruhan, 21 buah institusi akademik pertahanan dari negara-negara ASEAN, rakan dialog dan juga negara-negara jemputan yang lain menyertai persidangan ini. Objektif bagi acara ini adalah untuk memperbaiki lagi kolaborasi akademik di antara negara-negara ahli ARF bagi rangkaian persahabatan, komunikasi alternatif, langkah membina keyakinan dan perkongsian ilmu dan kemahiran untuk terus mengukuhkan lagi usaha ARF dalam membina keamanan dan sekuriti di rantau Asia dan seluruh dunia.
Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, yang juga turut menyampaikan ucaptama. Persidangan diikuti dengan pembentangan dan sesi perkongsian dari institusi-institusi yang menyertai. Komandan AP ABDB juga turut menyampaikan pembentangan yang bertajuk “Infusing Peace Education into the Curriculum of Professional Military Education (PME) in the Royal Brunei Armed Forces”.
Hari yang kedua dimulakan dengan satu ucaptama dari Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Profesor Dr Azlinda Azman, yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin. Ini diikuti lagi dengan sambungan pembentangan dan perkongsian dari institusi yang lain.
Dalam persidangan tersebut juga, delegasi AP ABDB membuat perjumpaan dua hala bersama Naib Canselor UPNM, di mana kedua organisasi tersebut membincangkan kolaborasi masa depan dan perkembangan kerjasama. Ini adalah selaras dengan perkembangan AP ABDB dalam menaik taraf kualiti dan penyampaian program-program akademiknya.