BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 11 December 2019 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence received a courtesy call from His Excellency Igor Driesmans, European Union (EU) Ambassador to ASEAN. His Excellency Driesmans is in Brunei Darussalam for his introductory visit from 11 to 12 December 2019 where he will be making calls to various ministries in the country.
His Excellency Driesmans presented his Letter of Credence to the Secretary-General of ASEAN, His Excellency Dato Lim Jock Hoi in Jakarta, Indonesia on 2 October 2019.
During the call, both sides discussed a number of issues ranging from the regional security outlook to potential engagements within ASEAN-related meetings and activities. His Excellency Driesmans was accompanied by His Excellency Peter Hermann Wolff, Ambassador of the Federal Republic of Germany and His Excellency Christian Ramage, Ambassador of France. Both are resident Ambassadors of their respective countries to Brunei Darussalam.
************************
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTAHANAN DARIPADA DUTA BESAR KESATUAN EROPAH KE ASEAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 Disember 2019 – Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar Bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan telah menerima kunjungan hormat dari Tuan Yang Terutama Igor Driesmans, Duta Besar Kesatuan Eropah ke ASEAN. Tuan Yang Terutama Driesmans berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan pengenalan beliau dari 11 hingga 12 Disember 2019 di mana beliau akan membuat kunjungan ke pelbagai kementerian di negara ini.
Tuan Yang Terutama Igor Driesmans telah menghadapkan surat tauliah pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN di Jakarta, Indonesia pada 2 Oktober 2019.
Semasa kunjungan berkenaan, kedua belah pihak membincangkan pelbagai isu dari persekitaran keselamatan serantau kepada potensi kerjasama di bawah rangka kerja mesyuarat dan aktiviti yang berkaitan dengan ASEAN. Tuan Yang Terutama Driesmans turut disertai oleh Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff, Duta Besar Republik Jerman dan Tuan Yang Terutama Christian Ramage, Duta Besar Perancis. Kedua-dua Tuan Yang Terutama menetap di Brunei Darussalam.