BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 14 March 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call this afternoon from Major General Khalid bin Abdulaziz Al Saif, Director, Military Attachés Administration Intelligence Authority and Armed Forces Security, Royal Saudi Arabian Armed Forces.

During the call, Commander of RBAF welcomed Major General Khalid bin Abdulaziz Al Saif for his inaugural visit to Brunei Darussalam. Commander of RBAF also commended the cordial bilateral defence relationship between the Royal Brunei Armed Forces and the Royal Saudi Arabian Armed Forces in which both sides proceeded to discuss potential areas of military-to-military cooperation that can be further developed, particularly in the area of exchanges of visits and information exchanges.

Commander of RBAF also took the opportunity to acknowledge the leadership role and initiatives taken by the Kingdom of Saudi Arabia in enhancing global efforts, particularly amongst Islamic countries, in the fight against terrorism.

This particular visit is the latest in the series of increasing defence and military interactions between both sides in the past year, a sign of more enhanced ties between Brunei Darussalam and the Kingdom of Saudi Arabia.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DIRECTOR, MILITARY ATTACHÉS ADMINISTRATION INTELLIGENCE AUTHORITY AND ARMED FORCES SECURITY, ROYAL SAUDI ARABIAN ARMED FORCES  

BOLKIAH GARISON, Selasa 14 Mac 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Khalid bin Abdulaziz Al Saif, Director, Military Attachés Administration Intelligence Authority and Armed Forces Security, Kerajaan Arab Saudi.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan lawatan yang julung-julung kali dari Mejar Jeneral Khalid bin Abdulaziz Al Saif ke Negara Brunei Darussalam. Pemerintah ABDB juga menyatakan rasa puas hati dengan perhubungan pertahanan yang mesra di antara ABDB dan Royal Saudi Arabian Armed Forces di mana kedua belah pihak juga seterusnya membincangkan bidang-bidang yang berpotensi untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di antara kedua negara, teruatamanya dalam pertukaran lawatan serta pertukaran maklumat.

Pemerintah ABDB juga menyatakan penghargaan kepada peranan kepimpinan dan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Arab Saudi dalam mempertingkatkan usaha di peringkat global dalam menentang pengganasan, khususnya dikalangan negara-negara Islam.

Ini merupakan pertukaran lawatan yang terkini di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi yang secara amnya menggariskan hubungan dua hala yang semakin rapat melalui peningkatan dalam interaksi pertahanan dan ketenteraan di antara kedua-dua pihak sejak kebelakangan ini.