TUTONG, Wednesday 4 May 2011 – Counseling Centre Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held a Guidance and Counseling Program at Binturan Primary School, Tutong. This program was conducted for five primary schools inside RBAF camps. The Guidance and Counseling Program which was headed by Major Rusli bin Bujang started on 7 April 2011 in Pantai Berakas Primary School.





Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini
mengadakan Program Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Binturan,
Tutong. Program ini dikhususkan bagi anak-anak Anggota Tentera(BAKAT)
bagi lima buah sekolah rendah di dalam Perkhemahan ABDB. Program
Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Mejar Rusli bin Bujang telah
bermula pada 7 April 2011 di Sekolah Rendah Pantai Berakas.
Program
BAKAT terdiri daripada dua komponen utama iaitu Teknik Belajar Berkesan
dan Strategi Menghadapi Peperiksaan. Kedua-duanya disampaikan dalam
bentuk ceramah, bimbingan, motivasi dan latihan kemahiran secara
individu dan berkumpulan. Sasaran utama program ini adalah bagi
anak-anak atau ahli keluarga Kementerian Pertahanan dan ABDB yang akan
menduduki peperiksaan awam(PSR) pada tahun ini.
itu, para pelajar akan didedahkan dengan 9 proses belajar yang berkesan
iaitu :- menetapkan matlamat, pengurusan masa, tindakan yang konsisten,
teknik membaca, teknik membuat nota, teknik menghafal, teknik menjawab
soalan, persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dan menduduki
peperiksaan.