
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 01 February 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from His Excellency Dr. Sujatmiko, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam. Also present were the Acting Chief of Staff
RBAF and the Director of Intelligence.
RBAF and the Director of Intelligence.
During the call, both sides expressed gratitude for the two countries’ warm and close bilateral relations notably in the field of defence that will continue to be strengthened in the coming years. Commander RBAF also conveyed his warmest appreciation to His Excellency Dr. Sujatmiko for his contributions and cooperation during his tenure as the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam since 7th July 2018.
The defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia has been long established and growing steadily since establishing diplomatic relations on 1 January 1984. Both countries have also signed a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 01 Februari 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menyampaikan ucapan penghargaan atas hubungan pertahanan dua hala yang akrab dan rapat di antara kedua-dua buah negara, terutama dalam bidang pertahanan yang akan terus diperkukuhkan pada masa yang akan datang. Pemerintah ABDB turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Dr. Sujatmiko atas sumbangan dan kerjasama beliau dalam mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan dua hala sejak memegang jawatan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam pada 07 Julai 2018.
Kerjasama pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah sekian lama terjalin dan terus berkembang sejak menjalinkan hubungan diplomasi pada 1 Januari 1984. Kedua-dua buah negara juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003.