BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 22 September 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from General Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Chief of the Malaysian Army at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
During the call, Commander of the RBAF welcomed General Tan Sri Azhan to Brunei Darussalam and congratulated him on his appointment as the 31st Chief of the Malaysian Army. Both sides reaffirmed the close and longstanding defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia, particularly the strong ties between the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Malaysian Army.
Both sides expressed satisfaction with the continued progress of bilateral defence cooperation through regular engagements, joint exercises, military education and training, professional exchanges and peacekeeping operations. The Commander RBAF also highlighted the importance of these engagements in strengthening interoperability, mutual understanding and professional ties between the two armed forces.
The Commander RBAF welcomed the ongoing Exercise BRUMAL SETIA 18/2026 and Exercise MERTAK BERSATU 16/2026, which further reflect the close cooperation between the RBLF and Malaysian Army. Both sides also recognised the continued value of bilateral training and military education exchanges in enhancing professional development and strengthening ties among personnel of the two armed forces.
The Chief of Malaysian Army is currently on an official visit to Brunei Darussalam from 21 September to 24 September 2026.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Selasa, 22 September 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB telah mengalu-alukan kedatangan Jeneral Tan Sri Azhan ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Panglima TDM Ke-31. Kedua-dua belah pihak menegaskan semula hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, khususnya hubungan kukuh di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan TDM.
Kedua-dua belah pihak turut menzahirkan kepuasan terhadap perkembangan berterusan kerjasama pertahanan dua hala melalui interaksi secara berkala, eksesais bersama, pendidikan dan latihan ketenteraan, pertukaran profesional serta operasi pengaman. Pemerintah ABDB turut menekankan kepentingan penglibatan tersebut dalam memperkukuhkan interoperabiliti, persefahaman bersama dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan tentera.
Pemerintah ABDB turut menyambut baik pelaksanaan Eksesais BRUMAL SETIA 18/2026 dan Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026 yang sedang berlangsung, yang mencerminkan kerjasama erat di antara TDDB dan TDM. Kedua-dua belah pihak turut menghargai kepentingan berterusan latihan dua hala dan pertukaran pendidikan ketenteraan dalam meningkatkan pembangunan profesional serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan anggota kedua-dua angkatan tentera.
Panglima TDM sedang mengadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam pada 21 September hingga 24 September 2026.