BOLKIAH GARRISON, Friday, 21 August 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Major General Mark Ascough, Head of Intelligence Assessments, Defence Intelligence Organisation (DIO), Australia, at the Ministry of Defence today.
During the courtesy call, both sides reaffirmed the close and longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and Australia, particularly in the area of intelligence cooperation. The meeting also provided an opportunity to exchange views on the regional security environment and discuss opportunities to further enhance information-sharing, professional exchanges and capacity-building between the two defence organisations.
The Commander of the RBAF welcomed the successful conduct of the 10th Intelligence Exchange (INTELEX) and the 3rd Analyst-to-Analyst Exchange (ATAX) between the Directorate of Intelligence, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Australia’s Defence Intelligence Organisation. Both exchanges serve as important platforms for strengthening professional networks, enhancing mutual understanding and exchanging analytical perspectives on security issues of mutual interest.
Major General Mark Ascough is in Brunei Darussalam in conjunction with the 10th INTELEX, which was held on 21 August 2026. The exchange was co-chaired by Lieutenant Colonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Acting Director of Intelligence, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Major General Mark Ascough. The 3rd ATAX was also conducted on 20 August 2026.
The intelligence relationship between Brunei Darussalam and Australia has developed steadily since the inaugural INTELEX in 2008 and continues to complement the broader and longstanding defence relationship between the RBAF and the Australian Defence Force.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PENILAIAN PERISIKAN, DEFENCE INTELLIGENCE ORGANISATION, AUSTRALIA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 21 Ogos 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Mark Ascough, Ketua Penilaian Perisikan, Defence Intelligence Organisation (DIO), Australia, di Kementerian Pertahanan hari ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menegaskan semula hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Australia, khususnya dalam bidang kerjasama perisikan. Pertemuan tersebut turut memberikan peluang bagi kedua-dua belah pihak untuk bertukar pandangan mengenai keselamatan serantau serta membincangkan peluang untuk terus meningkatkan perkongsian maklumat, pertukaran profesional dan pembangunan kapasiti antara kedua-dua organisasi pertahanan.
Pemerintah ABDB mengalu-alukan kejayaan pelaksanaan Intelligence Exchange (INTELEX) Ke-10 dan Analyst-to-Analyst Exchange (ATAX) Ke-3 antara Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan DIO, Australia. Kedua-dua pertukaran tersebut merupakan platform penting dalam memperkukuhkan rangkaian profesional, meningkatkan persefahaman bersama serta berkongsi perspektif analitikal mengenai isu-isu keselamatan yang berkepentingan bersama.
Mejar Jeneral Mark Ascough berada di Negara Brunei Darussalam bersempena dengan INTELEX Ke-10 yang telah diadakan pada 21 Ogos 2026. Pertukaran tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Pemangku Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Mark Ascough. ATAX Ke-3 turut diadakan pada 20 Ogos 2026.
Hubungan kerjasama perisikan antara Negara Brunei Darussalam dan Australia telah berkembang secara berterusan sejak INTELEX pertama diadakan pada tahun 2008 dan terus melengkapi hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin antara ABDB dan Australian Defence Force.