
BANGKOK, Saturday 24 June 2023 –
Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made an official visit to the Kingdom of Thailand from 22 until 24 June 2023.
Upon arrival at the Royal Thai Armed Forces Headquarters (RTAF HQ), the Commander of RBAF proceeded to inspect the Guard of Honour mounted by RTAF personnel and paid a courtesy call to His Excellency General Chalermphon Srisawasdi, Chief of Defence Forces Thailand. Also in attendance was His Excellency Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to Thailand. During the call, both sides commended the defence relationship between the two countries, acknowledging the long history of friendship built on trust and cooperation. They also reaffirmed the importance of enhancing defence interactions through various bilateral and multilateral platforms as well as through practical cooperation in areas of mutual interest.
The visit proceeded with the Commander of RBAF being awarded the Honourary Parachutist Badge presented by His Excellency General Chalermphon Srisawasdi, Chief of Defence Forces Thailand. The Commander of RBAF also visited the Defence Technology Institute (DTI) where he paid a courtesy call to General Choochart Buakhao, Director-General of DTI.
The Commander of RBAF’s official visit signifies the strong camaraderie between the RBAF and the RTAF, which continues to be strengthened through regular exchange of visits, exercises, professional exchanges, trainings and courses.


LAWATAN RASMI PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE KERAJAAN THAILAND
BANGKOK, Sabtu 24 Jun 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat lawatan rasmi ke Kerajaan Thailand pada 22 hingga 24 Jun 2023.
Sejurus tiba di Markas Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Pemerintah ABDB telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Thailand. Lawatan seterusnya diikuti dengan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi, Ketua Turus Pertahanan Thailand. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak mengesahkan hubungan pertahanan dua hala di antara kedua buah negara di mana sejarah setiakawan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan dan kerjasama. Kedua belah pihak juga menegaskan kepentingan untuk meningkatkan interaksi pertahanan melalui pelbagai
platform dua hala dan pelbagai hala serta melalui aktiviti-aktiviti kerjasama praktikal dalam bidang kepentingan bersama.
Lawatan diteruskan dengan penganugerahan
Honourary Parachutist Badge yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi, Ketua Turus Pertahanan Thailand kepada Pemerintah ABDB. Semasa lawatan itu juga, Pemerintah ABDB juga melawat
Defence Technology Institute (DTI) yang mana beliau jua berpeluang untuk membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Choochart Buakhao,
Director-General DTI.
Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB menandakan kerjasama hubungan pertahanan yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand yang terus diperkukuh melalui pertukaran lawatan yang kerap, eksesais, pertukaran profesional, latihan dan kursus.