KUALA LUMPUR, Tuesday 18 October 2022 – His Majesty the 16th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah has graciously bestowed upon Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces with the Honorary Award of the Malaysian Armed Forces Order for Valour – Gallant Commander of Malaysian Armed Forces, First Degree (PGAT) on Tuesday, 18 October 2022 at Istana Negara, Kuala Lumpur. 


The investiture ceremony for the Malaysian Armed Forces Order for Valour Year 2022 was held at Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. The award is in recognition and appreciation for the Royal Brunei Armed Forces Commander’s contributions in strengthening the close bilateral relations and enhancing military-to-military cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia. 







PENGANUGERAHAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT) KEPADA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 


KUALA LUMPUR, Selasa 18 Oktober 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan anugerah pingat tentera Malaysia berprestij, Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari Selasa, 18 Oktober 2022 di Istana Negara, Kuala Lumpur. 


Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2022 berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di dalam memperkukuh hubungan erat serta usaha mempertingkatkan lagi kerjasama ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.