
MUARA, Friday, 19 April 2019 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, First Admiral Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily took over from First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad as the Commander of Royal Brunei Navy (RBN) at a Change of Command Ceremony at the Royal Brunei Navy Headquarters.
Upon arrival at the parade square, the Commander of RBN, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi received the Honourary Salute and inspected the Guard of Honour which comprised of personnel from the RBN. The march parade was commanded by Lieutenant Commander Junaidi bin Haji Duraman.
First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi then gave his final speech as the 15th Commander of RBN. The day’s event continued with a signing ceremony of the handover certificates, marking the official handing over of the Commander of RBN. A ‘Doa Selamat’ was then read to bless the ceremony.
Marking the new duty placement, the new Commander of RBN, First Admiral Haji Othman received the Honourary Salute and later proceeded to inspect the Guard of Honour. This was then followed by his inaugural speech as the 16th Commander of RBN.
Having served the RBN with excellence for 32 years, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad was appointed the Commander of RBN since 2015. Under his leadership, the RBN achieved successes in both her regional and international operations. He also contributed to MINDEF and RBN by further strengthening the bilateral relations between RBN and other foreign naval forces.




UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TLDB
MUARA, Jumaat, 19 April 2019 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Laksamana Pertama Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily telah dilantik sebagai Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang baru, mengambil alih daripada Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dalam Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TLDB bertempat di Pangkalan Tentera Laut Muara.
Sejurus tiba, Pemerintah TLDB,
Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei. Perbarisan diketuai oleh Leftenan Komander Junaidi bin Haji Duraman.
Berikutan itu, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi telah menyampaikan ucapan terakhirnya sepagai Pemerintah TLDB yang ke-15. Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TLDB juga telah berlangsung, menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas. Doa selamat dibacakan bagi memberkati upacara tersebut.
Bagi menandakan penerimaan jawatan Pemerintah TLDB yang baru,
Laksamana Pertama Haji Othman kemudian menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan perdana sebagai Pemerintah TLDB yang ke-16.
Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Tentera Laut Diraja Brunei selama 32 tahun dan telah memegang jawatan Pemerintah TLDB sejak tahun 2015. Di bawah perintah beliau, TLDB telah mencapai kejayaan dalam misi-misi serantau dan antarabangsa yang telah dikendalikan. Beliau juga menyumbang kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan mengukuhkan hubungan dua hala di antara TLDB dan angkatan-angkatan laut dari luar negara.