VLADIVOSTOK, RUSSIA, Monday, 30 July 2018 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad was in Vladivostok, Russia for the International Far Eastern Maritime Show (IFEMS) and Russian Navy Day from 26 to 30 July 2018, upon the invitation by Commander-in-Chief of the Pacific Fleet of the Russian Federation, Admiral Sergei Avakyants.
First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi and Admiral Sergei Avakyants held a bilateral meeting on the sidelines to discuss naval cooperation between Brunei Darussalam and Russia. The Russian side briefed the Commander of RBN on the current state and development plans of the Russian Pacific Fleet. The Commander of RBN expressed his gratitude to the Pacific Fleet Commander for the invitation and noted the growing naval ties. Both sides reiterated their mutual commitment to bolster their naval relations and to further enhance interactions in areas of mutual interest through various bilateral and multilateral platforms.
Commander of RBN’s visit also included a tour around the latest Russian Pacific Fleet corvette “Sovershenniy” where he was received by Captain Dmitry V. Pashinuk, Commanding Officer of “Sovershenniy”. He also took the opportunity to visit the S-56 Submarine Museum, and the Russian Pacific Fleets’ historical museum.
In addition, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi also attended Russia’s Navy Day in Amur Bay area in central Vladivostok, which showcased a naval parade with the participation of 40 warships, boats, submarines and support vessels, more than 20 units of military hardware of coastal defense troops and more than 1,500 Pacific Fleet military.
Within the framework of the visit, the Bruneian delegation participated in the events of the IFEMS, which is the biggest shipbuilding industry event, bringing together over 1,500 participants from across Russia and abroad.
This is the first official visit by Commander of RBN to Russia which underscores the friendly relations between both countries and both navies.



PEMERINTAH TLDB MENGHADIRI INTERNATIONAL FAR EASTERN MARITIME SHOW DAN HARI TENTERA LAUT RUSIA
VLADIVOSTOK, RUSSIA, Isnin, 30 Julai 2018 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad telah melawat Vladivostok, Rusia bagi menghadiri International Far Eastern Maritime Show (IFEMS) dan Hari Tentera Laut Rusia pada 26 hingga 30 Julai 2018, di atas undangan Commander-in-Chief of the Pacific Fleet of the Russian Federation, Admiral Sergei Avakyants.
Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi dan Admiral Sergei Avakyants telah mengadakan satu mesyuarat dua hala untuk membincangkan kerjasama angkatan laut di antara Negara Brunei Darussalam dan Rusia. Pihak Rusia telah memberi taklimat kepada Pemerintah TLDB mengenai rancangan dan pembangunan Tentera Laut Rusia. Semasa kunjungan hormat, Pemerintah TLDB telah merakamkan penghargaan kepada Admiral Sergei Avakyants atas undangan tersebut dan menyatakan mengenai hubungan angkatan laut kedua buah negara yang semakin meningkat. Kedua-dua pihak menekankan komitmen bersama untuk terus meningkatkan hubungan angkatan laut menerusi interaksi dalam bidang kepentingan bersama melalui landasan dua hala dan juga pelbagai hala.
Lawatan Pemerintah TLDB termasuk menaiki kapal Corvette Russian Pacific Fleet yang terbaru iaitu “Sovershenniy”, di mana beliau telah dialu-alukan oleh Kapten Dmitry V. Pashinuk, Pegawai Pemerintah “Sovershenniy”. Beliau juga mengambil kesempatan untuk melawat Muzium S-56 Submarine dan Muzium Sejarah Russian Pacific Fleet.
Tambahan pula, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi juga menghadiri Hari Tentera Laut di Amur Bay, Vladivostok, dimana pertunjukan perarakan kapal tentera laut diadakan dengan penyertaan 40 buah kapal perang, bot, kapal selam dan kapal dokongan, lebih daripada 20 unit alat perkakasan ketenteraan pasukan pertahanan pesisiran pantai serta lebih daripada 1,500 anggota Pacific Fleet.
Di dalam rangka lawatan itu, delegasi Negara Brunei Darussalam juga melawat acara IFEMS, yang merupakan acara terbesar industri pembinaan kapal yang disertai oleh lebih 1,500 peserta dari seluruh Rusia dan luar negara.
Ini merupakan lawatan rasmi yang pertama oleh Pemerintah TLDB ke Rusia yang menggariskan hubungan persahabatan yang mesra di antara kedua-dua negara dan juga kedua-dua angkatan laut.