BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 23 May 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received a farewell call from His Excellency David Ian Campbell, the British High Commissioner to Brunei Darussalam.
During the call, the Commander of RBAF expressed his sincerest gratitude on His Excellency’s active contributions to the strong and longstanding relations between both countries especially in the areas of the military. In March 2017, both sides have conducted the Regional Jungle Warfare Symposium which was aimed at developing Brunei into a centre for excellence in jungle warfare.
The Commander of RBAF hoped the military cooperation between the RBAF and United Kingdom will continue to be sustained. His Excellency has served as the British High Commissioner to Brunei Darussalam since October 2013 and is due to complete his term in June 2017.

PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 23 Mei 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama David Ian Campbell, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan-sumbangan Tuan Yang Terutama kepada hubungan yang sangat baik dan sudah lama terjalin di antara kedua buah negara khususnya dalam bidang-bidang ketenteraan. Pada bulan Mac 2017, kedua belah pihak telah mengendalikan Regional Jungle Warfare Symposium yang diadakan untuk membangunkan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat kecemerlangan dalam jungle warfare.
Pemerintah ABDB juga berharap hubungan ketenteraan yang sangat baik di antara ABDB dan United Kingdom ini akan terus dikekalkan. Tuan Yang Terutama berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Oktober tahun 2013 dan akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada bulan Jun 2017.